Jemput Makan Kek Semua

Terima kasih kepada Allah kerana dia aku berada di sini lagi . Terima kasih kepada semua makhluk-makhluknya  yang memberi ucapan Selamat Hari Jadi, samaada rakan offline ataupun online. Aku sendiri pun lupa hari ni hari jadi aku. Jemputla semua makan kek kat atas tu ye..hehehe.. Continue reading

Misteri Algoritma Google Pagerank

Beberapa hari yang lalu, Google baru  update Pagerank untuk semua website/blog. Semua bloggers dan webmaster menunggu saat ini. Dan blog ini akhirnya meningkat dari pr 0 ke pr 2. Alhamdulillah…

Mengikut perkiraan aku yang melihat pelbagai aspek dalam blog ini, sememangnya agak mustahil untuk dapat pr 2. Tetapi rumus dan formula  algoritma pagerank ni memberikan jawapan yang sebaliknya.

Penulis beberapa kali menampar dirinya untuk memastikan beliau tidak berada dalam keadaan bermimpi ketika melihat update yang terbaru ini. Penulis sendiri sudah berapa lama tidak aktif menulis disini. Continue reading

Selamat Pengantin Baru

kahwin,pengantin,nikah ,wedding of the year

Assalammualaikum, sebenarnya majlis perkahwinan ni minggu lepas di Seri Mendapat Merlimau Melaka, saja nak masuk kat dalam blog. Sebab yang kahwin ni member yang selalu lepak dengan aku.

Jadi aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin, semoga jodoh berkekalan sampai ke akhir hayat. Harap-harap berkat aku bergambar dengan pengantin baru tu ada la terkena tempias sikit-sikit kat aku. :smile:

Silat Pengantin

Adat Melayu tu memang  indah, masa budak-budak dulu selalu tengok silat pengantin, sekarang ni pun dapat tengok lagi..memang best..

Pendapatan Terkumpul Nuffnang Sebanyak RM1663

Asslamulaikum semua. Lama tak menulis blog, hampir setengah tahun. Sibuk dengan kerja offline. Kalau online pun pergi ke lokasi yang dirahsiakan.

Dunia cyber kan luas mana -mana boleh pergi. Siapa yang nak marah aku kalau tak update blog, kalau ada minta maaf.

Kali ni aku nak kongsikan pendapatan terkumpul Nuffnang aku, bukan riak nak tunjuk kat semua orang. Aku tahu blogger lain lagi gempak-gempak pendapatan Nuffnang mereka. Jom tengok pendapatan terkumpul Nuffnang aku sejak tahun 2009. Continue reading

Kali Pertama

Salam semua..Sejak beberapa hari ni aku sibuk sangat, macam-macam hal yang datang, nak berblogging pun rasa malas jer. Dalam masa seminggu ni ada 3 perkara yang bersejarah yang menambah pengalaman hidup aku.

Kali Pertama Kena Hack

Lama juga aku menggunakan internet ni. Seingat aku sejak tahun 2000, macam-macam jenis program jahat aku dah dapat. Daripada virus i love you sampai  berbagai jenis virus, semuanya belum pernah mengancam data-data peribadi aku. Selepas perkembangan teknologi wireless semakin berkembang pesat di negara kita, baru aku tahu betapa pentingnya keselamatan dalam rangkaian. Terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan yang berguna didalam post aku yang lepas.

Baru first time aku dengar Man In the Middle Attack ni. Banyak refferer yang datang daripada Facebook yang korang share kan. 60 % yang sampai ke post tersebut datang dari OS Linux Ubuntu. Mungkin diorang lebih arif dalam bab-bab ini. Terima kasih juga kepada yang membingcangkan topik tersebut di forum-forum dan juga di blog. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Continue reading