Malam semalam aku pergi minum kedai mamak berdekatan rumah aku, seperti kebiasaannya aku membawa Netbook untuk menikmati Wi Fi percuma, tetapi bukan Wi Fi kedai mamak tu punya. Wi Fi sebuah office berdekatan yang membuat Open Network. Jadi bila online tak perlu aku masukkan password. Nak dikatakan kerap kali aku menggunakan Wi Fi office tu.
Sambil aku minum teh ais dan menghisap sebatang rokok, aku buka Facebook dan akaun Gmail, tetapi yang aku pelik bila nak log in keluar amaran macam ada malware di web browser. Tapi bukan malware, ntah apa benda ntah, baru first time aku dapat amaran macamni. Dalam hati aku takkan Facebook dengan Google kena malware pulak. Aku guna browser Crome dengan Firefox semua sama keluar error macam gambar di bawah ni..
Browser Firefox apabila aku nak log in akaun Gmail..

Browser Google Crome apabila aku buka akaun Faceboook

Aku tak mengesyaki apa-apa,jadi aku teruskan log in Facebook,Akaun Gmail dan juga blog aku tanpa memikirkan soal keselamatan. Mungkin aku ingat browser Crome dan Firefox ni dah sengal sebab asyik dapat amaran malware jer,Yelah sekarang ni kan musim serangan malware di blog-blog dan juga website.
Lama juga aku online guna Wi Fi free tu, aku tengok bateri Netbook dah nak habis baru aku balik rumah. Bila sampai di rumah aku terus cas Netbook , dalam pukul 3 pagi tadi aku log in Facebook guna broadband, keluar lagi amaran macam tadi, aku main redah jer. Tiba-tiba aku tengok Facebook aku dah bertukar bahasa Cina. Aku dah agak dah mesti kena hack ni. Sioot betul, siap penyangak tu maki-maki rakan aku kat ruangan chat. Korang tengok dekat bawah ni..

Sape la punya kerja ni..pening kepala aku nak tukar balik Facebook ke Bahasa Melayu, tukar password blog dengan email lagi. Huh!.Ni pun masih risau lagi.
Persolannya sekarang bagaimana aku boleh kena hack?. Alert diatas tu untuk apa?. Ada kena mengena dengan Wi Fi yang aku guna guna tu ker? Aku dah scan virus, semuanya ok. Sebelum ini tak pernah berlaku macamni. Aku mintak tolong siapa-siapa yang tahu fasal benda-benda ni. Sekarang ni aku nak log in mana-mana akaun guna Netbook keluar amaran macam tu di web browser Crome dan Firefox walaupun aku guna broadband. Seolah-olah aku memasuki laman web yang tak sah. Tapi aku rasa berpunca daripada kejadian malam semalam.
Ini pun update blog guna laptop satu lagi, rasa tak selamat pula online guna Netbook tu..pening kepala aku..
adeh, open network bahaya bro.. hati hati pasni,,yg lepas jadikan pengajaran
mrnamie recently posted..Guitar Hero Versi PC percuma
@mrnamie, lepas ni nak kena hati2,main redah jer bahaya gak
cian kt awk,mybe tuan punye WIFI 2 marah kot sbb awk gne WIFI dieorg..so hati2 lh ye..
bahaya tul… ingatkan bro yang hack.. dihack rupanya…
zik recently posted..Kangoo Jumps- alat untuk bersenam alaf baru!
@zik, tu la ingt bro yg hack. aha. adoi. bahaya2. huhu. len kali hati2 k. :D
acapz recently posted..Cara Membuang Malware Report Pada Blog
@acapz, haha..aku belum ada kepakaran bro…jadi mangsa adalah ..
gilak..ada juga org kebolehan macam ni
New Entry “Video-Video Kelakar”
@pawaka19, 2 la pasal…ada gak hacker kat kawasan aku..heee
Aiseh boleh kena hack la pulak.
macam-mcam hal kan.
hafidz recently posted..Movie Review – Step Up 3D
@hafidz, haha…malang betul nasib,bru first time kena..menggelabah dibuatnya
Pergh.. aku kalau dpt error memang takkan procedd ..
bahaya tu..
@zool, aku ingat xder paper..2 yang main masuk jer..sekali masuk perangkap daaa..
Salam, bro. Saya rasa r0uter WiFi office tu yang dah kena hack. Lagi satu kemungkinan, router tu memang sengaja dibiarkan open utk hack sapa2 yang buat connection tu router tu. Most probably hacker tu lepak2 sekitar situ jugak. Dia tahu orang suma akan scan for wifi networks masa lepak kat mamak tu dan akan ada yg tertarik nak connect ke wifi yang unprotected mcm tu. Mcm2 org jahat sekrang ni. Hati2 bro.
Yaakob Hitam recently posted..Bro- habis semua dah musnah!!
@Yaakob Hitam, rasanya kot..tpi memang ada kena mngena ngan open network tu..
Aku pakai KIS, dia akan bagi amaran sekiranya network tu tak selamat…tapi kes bro ni kesian ek…jatuh air muka..
rashid recently posted..Maxis iPhone 4 VS Digi iPhone 4 Pilihan Anda
@rashid, nasib baik dia tak usik email ngan blog..risau gak..
ak dah agak…
wifi kat luar memang tak secure bro..
lagipun setahu aku..
ada beza taw kat url tu antara https:// dengan http://
syahrilhafiz recently posted..Adakah Bounce Rate Sangat Penting
@syahrilhafiz,patutla dia wat open ea.. 2 la yang aku pelik,lain macam jer url dia malam tu..
@syahrilhafiz, haah, ada beza. kalau perasan, kalau guna ebay, hotmail sume mesti ada s.
Pingback: Tweets that mention Aku Telah Berjaya Di Hack | Mohd Hanif -- Topsy.com
Apa yang kita panggil Man In the Middle Attack… sama ada Ada trojan yang background dalam Windows yang kesan semua sambungan internet ikut HTTP dan HTTPS dan kemudian route ia kepada proxy yang lain.
Satu cara adalah netstat -na dalam Dos shell. untuk lihat kemana sambungan http telah diarahkan.
Jika hendak kepastian. Boot Ubuntu life CD dan cuba lihat jika ada apa-apa kelainan.
Saya kongsikan ini di OWASP Malaysia untuk pandangan yang lain…
https://lists.owasp.org/mailman/listinfo/owasp-Malaysia
Harisfazillah Jamel recently posted..Negaraku – Selamat Hari Malaysia
@Harisfazillah Jamel, thank bro..baru first time dengar MItm Attack ni..sya buta it skit,bhgaian networking ngan open source ni langsung x faham…trima kasih kongsi info
ini la padahnya guna open wireless network, mungkin tuan wireless tu dah siapkan sniffer. sapa masuk akan jadi mangsa. jangan guna open / crackable wireless. mungkin ada udang disebalik batu. jadikan ini sebagai pengajaran. ini baru facebook, macamana kalau login maybank2u, cimb cliks yang kena ? fikirkan.
@faizul, betul gak tu..nasik baik dia usik sekejap jer facebook tu,kalau wat online banking memang lesap ler jawapnya..
aku dulu ade kene mcm ni, pastu aku cari balik ip yg mendajal aku tu pastu aku suruh membe aku pedajal balik, rasanya ade la dalam 3,4 hari wifi tu x leh guna. lappy aku pulak terus format balik. org nk jadi hacker patutnya x payah la terang2 sumbat malware ke spyware ke kat ip network range. mmg nk kantoi. pastu mmg kene la law dah kantoi.
suffer8zine recently posted..Facebook pesat di Asia
@suffer8zine, haha…lau ada member yang terror bab2 ni best gak,boleh dajal balik..aku rasa hacker kat kawasan office tu jer.
Salam,
Mmg boleh bro. Aku byk demo dnssec kepada bank dan ISP.. mcm mana nak !!! :)
@Amir Haris Ahmad, aku tak reti la hehe,kena menuntut dulu ni
hehe.. leh tahu lokasi :P
nak try …. pwned servis wifi tu.
// klu bleh email : masokis[a]gmail.com
klu dapat take over gateway best ni… : P
@MASOKIS, bro kat ner…nanti aku email lokasi
@hanif,
saya kat Malaysia… :P
gurau je.. saya nak buat test capture packet. saya nak tgk juga mcmna dan cara nak fight mcm ni.
dgn sumber tenet dia kasi.. sya boleh online kat situ. dan tutup packet saya dgn vpn utk access ke site yang perlu saya login. (mungkin tak perlu, saya dah bekal usename & pass sementara ke site2 tertentu ).
saya ada di area perak… putrajaya , petaling dan terengganu.. tu antara tmpat saya kerap datang singgah atas urusan peribadi. kalau sekitar tu.. bleh la saya test.
saudara hanafi, attacker tu guna cara MiTM… man in the middle……. :)
@MASOKIS, masokis memang expert bab2 macam ni…
syahrilhafiz recently posted..Adakah Bounce Rate Sangat Penting
@MASOKIS,
Wah, hebat. Semoga dapat guna ke arah kebaikan demi kebaikan bersama. :cheerful:
saudara hanif, cara rashid ok gak, utk yakinkan sistem kita. mungkin gak mcm saudara yaakob hitam kata.
alert tidak kena mengena, mungkinsistem keselamatan atau halangan oleh spyware. bila amaran keluar ia tak benarkan kita teruskan kemungkinan risiko spyware lain ditanam didalam sistem.
berkemungkinan juga kawalan oleh spyware yang menguasai pelayar web. langkahnya adalah:
1. muat turun panduan keselamatan komputer untuk rujukan awal.
2. kemudian ikuti artikel yang di paparkan di web tersebut.
dalam aktiviti ini, perlu mengambil langkah berhati-hati. jangan sampai fail win di hentikan proses. pastikan… fail pelik-pelik dan tak dikenali tu. mungkin jawapannya.
poji-viruskomputer recently posted..Panduan FML Free Registry Cleaner
@poji-viruskomputer, thank bro untuk pandnagan ini..bagus jgak langkah ,mencegah dari awal,sekarang penting bab2 sekurity internet ni.
unportected network.. terbaek. umpan.
memang tak patut guna unprotected open network bro.
ada la tu sniffer kat area tu yang baca data.
p.s: aku nampak nama masokis komen atas ni :D
syafiq.net recently posted..Sokongan Kepada Jaunty Jackalope Dimansuhkan
haha…
habis la kna hack…
sama2 tingkatkan security dan jangan cuai.. :alien:
Pingback: WiFi Public Tak Selamat | syahrilhafiz [dot] com
Sebab tuh kita walaupun bkn bidang security ataupun computer kene ada awareness about security of the computer..
sedara kne pakai HotSpot Shield, tp sengal la sikit sbb ada ads.
uishh risau gak jadi camnih..bahaya nih..tq bro berkongsi kisah nih..aku pun perlu lebih hati2 pas nih..
Nine recently posted..Kronologi Dan Asal Usul Adobe Photoshop
Jaga2..mari kita lihat siapa yg kena..huhuhu..
Awek Panas recently posted..Gambar Persiapan Sukan Komanwel Delhi Yang Terburuk
perghh membaca komen-komen di atas byk betui term-term yg bru aku tau…setkt ni aku xpenh lagi kena hack cmni…first time seumo hidup aku bru tau kes camni huhu..pa2 pun bro..ati2 len kali…
uik..bahaye tuh bro..diorg usya password ko x? uikk..bahaye tuh….same2 kite berhati2..
Lee recently posted..Kuning Itu Bukan Sekadar Warna
@Lee, kalau dah macam tu, rasanya kalau nak dapat password macam dah sng je tu.
aku alhamdulliah jgk dah 3tahun aku guna wireless org yg x kunci tp xde ape2 serangan virus setakat ni tapi risau gak lps baca cte ko ni…
NICK IRFAN recently posted..NICK DAN HANTU-HANTU 1 MALAM DI HOSPITAL siri 10-episod 97
@NICK IRFAN, ni sekadara amaran dan peringatan lah kt kita semua.
dh takut nak guna wifi free dah pasni :-s
fina fento recently posted..Entri gembira buat si perut sedikit sedih melayan perasaan gembira lagi bila bersama keluarga
mmg mnkut kn kot..so..pas ni…kne la ati2 ye..jgn men redah suke ati..t korg yg mrne…
bahaya btol
aku xsuka on9 guna wifi kat tempat2 terbuka :lol:
Mashi recently posted..Best ke P1 Wimax
Salam perkenalan.
T.kasih kerana berkongsi kisah ini, demi pengajaran bersama. :pouty:
tp pelik gak sebab website tu pakai https:// kan?real website.. bukan website phising.. kalau jadi mcm ni.. rasa2 mesti kes kena sniff ni.. tak pon browser tu memang dah kena spyware,sure kalau pakai apa apa connection pon tak secure.. pendapat saya la..
wow..bahaya sungguh..sori bro,tak dapat tolong kalau sotuasi macam ni..aku bukan expert..tak silap aku,hari tu dh ada member aku yg kena macam ni..tak reti nak setel,dia buka akaun facebook baru kalau tak silap aku..
khairolghani recently posted..kisah pakcik tua dan tomboy
setiap yang berlaku ada hikmahnya.. smga lain kali kita semua akan lebih berhati2 lagi terutama yg bergelar bloger huhuhu..
man in the middle attack. aku pun baru tau pasal ni
org yg hack tu mayb chinese
perlu hati2 lagi pasni
Wan recently posted..Update ala-ala Mahathir
Cerita ni buat pengajaran untuk aku jugak
rasanya semua dah bagi komen yang
membina,jadi boleh lah ikut mana
yang terbaikk… :whistle:
zulkbo recently posted..See Sex Education In Positive Side
Salam,bro kena hack maybe masa menggunakan wifi percuma kat mana-mana bro hanif tak perasan 2…
AyieBlog recently posted..10 Fakta Menarik Kaum Adam Part 2
aku lebih selesa guna streamyx dirumah…dan Celcom BB di luar…
Sir Marcello recently posted..Say NO to click Fraud
ade org jelez ngn bro lah nih..huhu
apiih recently posted..Fesyen Kucing
menakutkan..
Bawang Merah recently posted..Power Siot Payudara Minah Ni
wahh..bahaya gak gune free wifi ni..kene lebih hati2 lepas ni…ermm
uik tukang hack tu pandai main carut-carut pulak
bahaya gak rupanya open wifi ni yer, aku pn biasa gak guna yg free2 nih. kalau yg kfc punya tu macamana pulak :blink:
ramadhan recently posted..Mengira hutang dengan PTPTN
@ramadhan, kfc dgn mcd selamat. aku dah try hack kawan aku dulu,x boleh.kalau office dia x install security sangat. ikut office jugak la,office besar pasang.office kecik confirm x pasang,hehe :lol:
syahir recently posted..MALAYSIA VS INDONESIA FINAL 1 PIALA SUZUKI AFF
Pingback: MITM « d4rkn19t.net
bro tambah https disetiap adress akalau guna open network. kalau nok bg https sokmo leh cari mozzila addon. :biggrin:
akak pun ada natang ni….selalu ada..
adehh bahaya ni….tapi rasenye ade tips nk elak….ade org bagi tahu..
1.sorok email ko,
2.jangan main apps pelik kt fb…..
3.Never Follow any link from the any website or email. Always open manually http://www.facebook.com and then enter credentials….
4.Always check the URL in the address bar while joining any Group
satu lagi protect fb dari man in the middle(MITM)
aku ade buat tuto pasal ni….. http://zulpriority.com/blog/archives/215
harap dapat membantu walaupun xbnyk….
pasal netbook tu xtau la……hehehe
cuba tnye kt sini http://w3.tbd.my/
zulfadhli recently posted..Cara-cara letak “read more” di wordpress
huih
bahaya gak cmni
lepas ni kene hati-hati
wazy recently posted..Casing Komputer
haha.. kelakar jgk cite lu bro.. yg hack tu mmg bangang.. setakat hack fb,pastu maki org kt wall.. mmg budak hingusan la kalau camtu..
AdaAkuKesah recently posted..Teknik Ninja Ada Aku Kesah Tarik Visitor
fuhh, rajin tol orang kita sekarang hack-hack ni rupanya..
ohcikgu recently posted..Sejarah dan evolusi Kad Pengenalan Malaysia
pakai hotspot shield semasa nak browsing. insya Allah selamat