I’m Not Feeling Lucky

Zaman sekarang ni semua maklumat boleh dicari menngunakan hujung jari, dah tentu google menjadi enjin carian yang paling hebat dan tak pernah mengecewakan. Carilah maklumat tentang apa saja, kalau kena dengan keyword memang jumpa punya. Masa aku usha-usha Stastpress tadi ada juga keyword cara menternak kambing yang masuk ke blog aku. Hahaha, bila masa ntah aku buat artikel tentang cara ternak kambing, mungkin keyword kambing yang ada kat post ini kot. Takpe lah…esok raya aku balik kampung aku try tanya kat jiran aku yang bela kambing tanya kat dia macamana nak ternak kambing. Continue reading

Duit Raya Sehingga RM200 Untuk Dimenangi

Salam semua….tertarik gak aku tengok contest Menangi Duit Raya Sehingga RM200 yang dianjurkan oleh Cdiqlife sempena perasmian pelancaran blog barunya. Aku dapat info ni mula-mula kat blog Zikr. Lepas tu terfikir juga sama ada nak join ke tak nak. Akhirnya aku join gak disebabkan penganjur tu dah mengundang  aku sama di ruangan chatbox. Kata orang,  rezeki jangan ditolak, ada peluang duit depan mata balun jer. Nak tau sebab apa aku aku nak memenangi duit raya dari Cdiqlife

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana ayah saya, abang dan kakak-kakak saya sudah menghentikan pemberian duit raya disebabkan saya sudah bekerja. Dulu  masa sekolah saya boleh dapat banyak duit raya. Sekarang ni saya pula kena bagi duit raya kat anak-anak saudara saya.Jadi siapa lagi nak bagi duit raya pada saya lagi. “Skema gila ayat aku” :biggrin:

Nak join sama dan syarat-syarat penyertaan pergi ke cdiqlife.com atau pun klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

Tahun Ni Aku Nak Bagi Duit Raya Seorang RM50

Assalamualaikum, bagaimana persiapan hari raya korang? mungkin ada yang telah membeli baju raya dan barang-barang keperluan yang lain lebih awal, mungkin juga memilih hari-hari terakhir untuk berbelanja, terpulang lah yang penting berbelanja mengikut keperluan dan mengelakkan pembaziran.

Aku tahun ni cuma beli seluar jean sehelai dan beberapa helai baju T. Baju Melayu aku tak buat, sebab yang lepas pun boleh pakai lagi dan jarang digunakan. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, Downtown di Cheras menjadi destinasi utama untuk membeli belah, sebab disitu banyak barang berjenama tetapi Cap Ayam. Kualiti memang setanding la dengan harganya. Aku pergi malam tadi, punya la ramai orang. Disebabkan orang ramai  dah mula membeli belah di musim perayaan ini, kena pula malam minggu. Nak lemas aku dibuatnya.

Tahun Ni,Aku Nak Bagi Duit Raya Seorang RM50

Masa aku pusing-pusing satu Downtown tu, terjumpa satu kedai menjual sampul duit raya. Lain macam design sampulnya. Aku apa lagi beli la satu,untuk bagi anak-anak saudara dan budak-budak yang datang beraya. Dalam letak RM1 je sudah hehehe, sampul jer gambar RM50.

Jalur Gemilang Sudah Berkibar Di Blog Ini

Salam semua, pada bulan puasa ini ada lagi satu peristiwa penting yang akan berlaku iaitu kita akan merayakan sambutan hari kemerdekaan yang ke 53. Perasan tak kat blog ini sudah pun diletakkan Jalur Gemilang sejak semalam lagi dibahagian sidebar. Teringat lagi masa sekolah menengah dulu, sebelum menyambut bulan kemerdekaan, aku dan kawan-kawan dah mula beli Jalur Gemilang yang bersaiz besar untuk diletakkan di kapcai masing-masing. Siap ikat dengan kayu kemudian diletakkan di bahagian belakang motor, time bawak berkibar-kibar je.

Itu cerita dulu, zaman sekarang sudah berubah, Jalur Gemilang boleh berkibar dimana-mana. Sebagai contoh di alam cyber ini.Tak payah keluar modal nak beli bendera. Letak je bendera yang boleh didapati dengan mudah Google Imej. Sekurang-kurangnya dapat lah aku menghargai orang-orang memperjuangkan kemerdekaan untuk tanahair tercinta ini. Sedih dengar cerita mak ayah aku, masa diaorang kecik-kecik dulu makan ubi kayu jer. Time tu jepun datang kat Malaysia. Kita semua beruntung, lahir-lahir jer negara dah membangun, tak merasa pun keperitan yang dilalui orang-orang terdahulu.

Lihat je dekat negara Islam yang lain, kita sibuk main mercun di bulan puasa ni, diorang semua berhadapan dengan bom-bom yang mengancam nyawa. Makan kekadang pun diorang tak tentu hala, kita di Malaysia walaupun harga barang naik, tak perlu nak korek tabung ayam untuk beli makanan yang sedap-sedap. Betul tak… Continue reading

VCD Cetak Rompak Pun Ada Dijual di Bazar Ramadhan


Bila sebut Bazar Ramadhan, semua orang pun tahu apa yang boleh didapati disana. Yang pastinya sudah tentulah pelbagai pilihan juadah makanan. Tak pernah lagi aku dengar orang pergi Bazar Ramadhan untuk mencari selain dari makanan. Kalau ada pun yang datang hanya jalan-jalan, cuci mata dan cium bau makanan, itu kes biasa.

Selama beberapa tahun aku berniaga Bazar Ramadhan, di merata-rata tempat sekitar KL dan Selangor belum lagi aku terjumpa orang berniaga yang tak kena dengan tempat dan majlis. Iyalah.. kebiasaanya lesen di Bazar Ramadhan dikeluarkan untuk menjual makanan dan minuman. Tapi ada juga peniaga-peniaga makanan ni menjual bunga api secara sampingan. Continue reading

Kalau Tak Nak Diri Dihina,Jangan Menghina

Baru-baru kecoh pasal seorang wanita mengina negeri Johor disebabkan biskut kegemarannya tidak mudah didapati disana. Tak tahulah mugkin apa yang dipostkan di wall Facebook si minah ni hanya sekadar gurauan, suka-suka, atau pun tanpa niat.

Disebabkan tindakanya itu,tertubuhnya satu halaman di Facebook yang menentang tindakan keterlaluan si minah ni. Aku ada gak jadi pemerhati bebas kat sana. Habis aku tengok minah ni kena kutok dan dimaki. Rasa kesian pun ada, habis sapa yang mulakan dulu kan,dah dia hina negeri Johor, bermakna dia hina rakyat-rakyat negeri Johor. Kalau hina  individu tertentu tu lain cerita la.

Mungkin dalam fikirannya, itu facebook dia ,menggunakan laptop dan line internet yang dibayar sendiri. Tak bermakna dia boleh menghina sesiapa. Sensitiviti orang lain nak kena jaga, jangan ingat orang lain takda perasaan. Continue reading