
Salam semua, pada bulan puasa ini ada lagi satu peristiwa penting yang akan berlaku iaitu kita akan merayakan sambutan hari kemerdekaan yang ke 53. Perasan tak kat blog ini sudah pun diletakkan Jalur Gemilang sejak semalam lagi dibahagian sidebar. Teringat lagi masa sekolah menengah dulu, sebelum menyambut bulan kemerdekaan, aku dan kawan-kawan dah mula beli Jalur Gemilang yang bersaiz besar untuk diletakkan di kapcai masing-masing. Siap ikat dengan kayu kemudian diletakkan di bahagian belakang motor, time bawak berkibar-kibar je.
Itu cerita dulu, zaman sekarang sudah berubah, Jalur Gemilang boleh berkibar dimana-mana. Sebagai contoh di alam cyber ini.Tak payah keluar modal nak beli bendera. Letak je bendera yang boleh didapati dengan mudah Google Imej. Sekurang-kurangnya dapat lah aku menghargai orang-orang memperjuangkan kemerdekaan untuk tanahair tercinta ini. Sedih dengar cerita mak ayah aku, masa diaorang kecik-kecik dulu makan ubi kayu jer. Time tu jepun datang kat Malaysia. Kita semua beruntung, lahir-lahir jer negara dah membangun, tak merasa pun keperitan yang dilalui orang-orang terdahulu.
Lihat je dekat negara Islam yang lain, kita sibuk main mercun di bulan puasa ni, diorang semua berhadapan dengan bom-bom yang mengancam nyawa. Makan kekadang pun diorang tak tentu hala, kita di Malaysia walaupun harga barang naik, tak perlu nak korek tabung ayam untuk beli makanan yang sedap-sedap. Betul tak…
Walaupun negara kita dah merdeka selama 53 tahun, banyak lagi bentuk-bentuk penjajahan baru yang dilakukan oleh pihak-pihak barat. Aku sendiri tak nafikan, minda aku sendiri kekadang terjajah dengan bentuk penjajahan baru ni.Tak perlu aku mengulas lebih lanjut bentuk penjajahan baru ni. Nanti kang artikel ni jadi meleret-leret lak…Lebih baik aku bagi sedikit info tentang Jalur Gemilang ini.
Maksud-Maksud Yang Terdapat di Bendera Malaysia
Di Bendera Malaysia terdapat 14 jalur merah dan putih yang memberi maksud tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.Terdapat juga di bahagian bintang yang memberi maksud yang sama. Warna biru memberi makna Perpaduan Rakyat Malaysia. Manakala warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Jalur Gemilang
Bendera Malaysia ni telah diberi nama Jalur Gemilang oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.Ingat yer.
Pencipta Bendera Malaysia

Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Allahyarham menamatkan persekolahan di English College ( Maktab Sultan Abu Bakar) dan mempunyai bakat dalam lukisan. Allahyarham menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu Allahyarham berusia 29 tahun. Allahyarham meninggal dunia pada 19 Februari 1993, di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee.
” Selamat Meyambut Bulan Bulan Kemerdekaan Yang Ke 53 Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Sekali Lagi ” :biggrin:


{ 39 comments… read them below or add one }
setuju ;)) teringat kt crite arwah nenek dulu, dia kena sorok kt kwsn padi utk elak kena target bom jepun dlu..
brsyukurlah kita dilahirkan tika malaysia sudah aman..
itu adalah satu nikmat yg telah diberikan..
hana recently posted..bersabar- Allah tetap bersama kita
@hana, sedih gak dengar cerita orang dulu2..nasib baik kita tak dapat rasa sama
@hanif, huhu. kena byk2 bersyukur.
malangnya generasi muda skg pun byk yg hampeh
aik kata bendera berkibar tapi tak kibar pon? haha gurau je
hargai la apa yang kita ada sekarang :)
@luth textile, haha..takde angin la bro..tu yang kaku jer
bagus lah bro..ada smgt patriotik ni..hee :happy:
aizuddin recently posted..Hidup Seorang Blogger 1
@aizuddin, ada la sikit2 b…salam merdeka bro..
wah3.. bangga aku tgok blog ko….
sungguh patriotik… :)
myFirdaus recently posted..Berbelanja secara online
@myFirdaus, hehe…thank bro..
selamat menyambut hari kemerdekaan bro..x lame da, lg beberapa hari je lg.hehe..semangat mcmni la yg kita mahu pupuk di kalangan anak anak muda sekarang:)
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
@azizan4444, betul tu,mgkin anak-anak muda dah lupa,jasa2 orang terdahulu…slam merdeka
tq for info bro. klu x aku mmng xthu spe pmbuat bendera kte ni. aha. wt mlu ju. huhu. btw slamat mnyambut kemerdekaan 31 ogos ni bro. moga kte anak melayu akan jadi warga malaysia yang baik2 :D
acapz recently posted..Blogger Memperkenalkan Komen Spam Filtering
@acapz, hehe,..aku dulu pun tak tahu gak,skrang aku dah tahu n kwan2 blog aku pn dah tahu,same2 kita tahu ye bro..slam merdeka
slmt menyambut hari Kemerdekaaan ke 53 bro..Negara kite ni dah lame merdeka,tp masih ramai yg x hargai perjuangan tok nenek kite..tgk negara lain yg huru-hara tue,kite sepatutnya bersyukur.. *bangga jap jd anak Malaysia
apiih recently posted..Berbuka Puasa
@apiih, bersyukur dengan rahmat tuhan yang diberikan kat negara kita,skurangnya2 nya kita ingat jasa2 tok nenek kta memperjuangkan kemerdekaan ..selamat menyambut kemerdekaan wat bro gak
selamat menyambut kemerdekaan… semoga negara ini sentiasa aman dan damai
etomyam recently posted..Wanita Malaysia Murah Hati Dan Suka Menderma
@etomyam, selamat meyambut kemerdekaan bro..mudah2 mudahan bgitulah…amin
merdeka!! merdeka… hehe… statik je bendera tuh…sama dengan bendera kat blog aku tuh..huhu.. puasa kot… tak bertenaga bendera tuh…
zik recently posted..Zikrihusainicom tukar header baru
@zik, hee..orang mmg pose bndra mana blh pose zik.melainkan aingi tak der kat maya ni tu yang dia tak bertiup heee
@suri, nak kena pasang kipas angin kat belog ni hehe..
hehe seronok aku baca nih, ko ada wat lawak2 sikit n serius ek..thanks pasal pencipta bendera tu bro..betul la, zaman arwah tok n wan aku mmg makan ubi kayu jer..jepun, komunis semua ada time tu.. :alien:
Nine recently posted..PERSONAL Kereta Lama Untuk Dijual
@Nine, ye ker ..thank. bro.suka lau orang baca artikel ni rasa seronok,salam merdeka
selamat menyambut hari kemerdekaan juga bro..
kadang2 saya pun terlupa ni bulan merdeka kerana berada dalam bulan ramadhan..
@Thoha, selamat menyambut kemerdekaan gak..hehe biasa la tu
baru ak tahu pencipta bendera m’sia ni..
btw selamat menyambut kemerdekaan! :)
Mr.Z recently posted..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan
@Mr.Z, selamat menyambut kemerdekaan gak..
semangat partriotik, merdeka tahun ni sekali dengan bulan puasa jadi orang ramai pun macam kurang alert pasal merdeka ni
@mijie, haha..aku pun hampir2 terlupa gak disebabkan ketibaan bulan ramadahn,nasib baik teringat balik…slam merdeka bro
@hanif, ok salam merdeka bro
mijie recently posted..Petua parking kereta di shopping complex
thanks hanif pasal info ni..aku tak tau lak ada pula pencipta bendera ni..
“Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya”
bendera yang paling cantik aku pernah tengok hehehe…..Jalur gemilang!!! :w00t:
santai je baca entry ni. best! aku pun baru dpt knowledge baru pasal jalur gemilang tu. x penah nak gugel pun sblum ni. selamat menyambut hari kemerdekaan!
dark_half recently posted..Aidilfitri Semakin Hampir!
Wah, sudah kibarkan jalur gemilang di blogs.
Best ni 8)
hafidz recently posted..Minggu Kedua Ramadhan
selamat menyambut kemerdekaan..MERDEKA!!! ;),
Tahniah… dan selamat menyambut kemerdekaan.. mengibarkan jalur gel=milang merupakan salah satu cara kita ‘express’ rasa sayangkan negara… namun, apa yg paling penting ialah perasaan sebenar di dalam hati dan bagaimana kita mengimbanginya dengan perbuatan.
Namun begitu….. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
zoul recently posted..Aku Terjumpa Orang Buang Bayi
Tetiba macam xde perasaan patriotik pulak. Haishhh. HAHHA btw, kitorang kat CFS IIUM ni pun memang dah meriah dgn Merdeka Raya. Agak best la.. :)
badan aku ni dah penat berpuasa………tetiba de sikit semangat patriotik. :biggrin:
Ali ridha recently posted..Tolong update WordPress 301
adeh, aku tak letak lagi bendera, tapi entry merdeka dah buat.. keke
mrnamie recently posted..Hari Kebangsaan 2010- Malaysia Menjana Transformasi
You are so patriotic to your nation. A big hands of to you mate… Dont give your nation for anything, keep on going…
Abigail recently posted..Astigmatism