Jemput Makan Kek Semua

by hanif on July 6, 2011 · 15 comments

Terima kasih kepada Allah kerana dia aku berada di sini lagi . Terima kasih kepada semua makhluk-makhluknya  yang memberi ucapan Selamat Hari Jadi, samaada rakan offline ataupun online. Aku sendiri pun lupa hari ni hari jadi aku. Jemputla semua makan kek kat atas tu ye..hehehe..

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Doa Hari Lahir kredit - http://rafikasastras.blogspot.com

{ 15 comments… read them below or add one }

titan July 7, 2011 at 12:26 am

wahh..besar kekkkk. :frozen: titan recently posted..Komisen ke 18 dan 19 dari Paid-to-Promote.net

Reply

hanif July 9, 2011 at 9:29 pm

haha….untuk makan ramai2

Reply

zik July 7, 2011 at 2:35 am

selamat hari lahir bro..sekarang duk mana??? aku dah ada kat kg.. bulan puasa nanti berniaga tak???
zik recently posted..Kelantan juara piala liga super FA 2011, tahniah!!

Reply

hanif July 9, 2011 at 9:32 pm

thank zik..kat kt kl lagi, awlnya blik kmpug……..insyaalah bulan pose,niage kut…..

Reply

Nine July 8, 2011 at 10:37 am

Salam bro Hanif…wah kek besar ..meh sikit hehe…ok bro selamat menyambut hari jadi yer..semoga panjang umur dan di murahkan rezeki selalu bro…

Besday yang ke berapa bro ?

Reply

hanif July 9, 2011 at 9:33 pm

Amin…terima kasih bro…dah tua dah….tapi masih dua angka lagi

Reply

puanbee July 9, 2011 at 8:01 am

oo selamat hari lahir bro…moga murah rezeki hehee :love: puanbee recently posted..Risau

Reply

hanif July 9, 2011 at 9:34 pm

Terima kasih…mudah2han amin….

Reply

wan9 July 10, 2011 at 1:43 am

tu kek ke kartun… heheh.. sayang kalau makan.. hahaha

Reply

hafidz July 10, 2011 at 2:44 pm

menarik betul kaler kek nih. huhu. musti sedap :P

Reply

Ali ridha July 20, 2011 at 7:54 am

semakin besar la tuan empunya blog ni.semoga terus berjaya.

Reply

Nine August 1, 2011 at 6:11 am

Salam bro happy ramadhan n selamat berpuasa….

Reply

MR.Z August 17, 2011 at 7:09 pm

sempat lagi ke ucap slamat hari lahir.. hehe..
smoga murah rezeki dan panjang umo :)

Reply

Miss Yati November 15, 2011 at 3:50 pm

Selamat Hari Lahir, semoga diberkati, dirahmati, dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Comel kek tu.
Miss Yati recently posted..Cinta Abaya

Reply

syamila November 16, 2011 at 1:53 am

hepy belated besday…terliur je tgk kek yg comel tu….hik3
syamila recently posted..Baby Baru Dalam Keluarga

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tougue: :vampire: :wacky: :wink:

Previous post: