Kalau Tak Nak Diri Dihina,Jangan Menghina

by hanif on August 10, 2010 · 38 comments

Baru-baru kecoh pasal seorang wanita mengina negeri Johor disebabkan biskut kegemarannya tidak mudah didapati disana. Tak tahulah mugkin apa yang dipostkan di wall Facebook si minah ni hanya sekadar gurauan, suka-suka, atau pun tanpa niat.

Disebabkan tindakanya itu,tertubuhnya satu halaman di Facebook yang menentang tindakan keterlaluan si minah ni. Aku ada gak jadi pemerhati bebas kat sana. Habis aku tengok minah ni kena kutok dan dimaki. Rasa kesian pun ada, habis sapa yang mulakan dulu kan,dah dia hina negeri Johor, bermakna dia hina rakyat-rakyat negeri Johor. Kalau hina  individu tertentu tu lain cerita la.

Mungkin dalam fikirannya, itu facebook dia ,menggunakan laptop dan line internet yang dibayar sendiri. Tak bermakna dia boleh menghina sesiapa. Sensitiviti orang lain nak kena jaga, jangan ingat orang lain takda perasaan.

Pengajaran Dari Kisah Ini

  • Kalau tak nak diri dihina jangan menghina.
  • Sebelum post wall pikir 2,3 kali. Dah terbukti banyak kes orang masuk lokap pasal internet ni.
  • Facebook tempat untuk cari kawan bukan cari lawan. Gunakan ia untuk merapatkan sillaturrahim.
  • Bila nak berkata tentang sesuatu biarlah bersasas dan mempunyai fakta yang kukuh. Aku rasa si minah ni tak dapat melihat kemajuan Johor Bahru dalam erti kata yang sebenar. Terperap dok rumah je..
  • Bila tak tahu pergi bertanya. Sebagai contoh si minah ni nak cari biskut Famous Amos, cuba tanya dulu kat sesiapa dimana biskut ni boleh didapati. Sekarang kan dah canggih, ada Facebook, Twitter dan SMS. Malu bertanya sesat jalan. Aku rasa banyak jual biskut ni kat Town JB.

Aku sebenarnya takda la marah sangat, tapi geram tu memang ada. Benda ni kes terpencil mungkin tak perlu diperbesar-besarkan kot. Tapi kalau orang lain nak marah dan mengambil tindakan aku tak boleh buat apa. Dah 7 tahun aku merantau kat negeri orang meninggalkan negeri sendiri, tak pernah nak kutuk dan hina tempat negeri yang aku merantau dan cari makan ni.

Raya tahun ni tak sabar nak balik kampung halaman di Batu Pahat. Setahun sekali je balik hehe. Disini ada fakta yang mungkin belum korang tahu, terdapat 3 kilang biskut yang ternama kat Malaysia berasal dari Batu Pahat iaitu Hup Seng, Hwa Tai dan Muncys. Sokonglah biskut tempatan.

{ 38 comments… read them below or add one }

mancai August 10, 2010 at 4:47 am

huhuhu selalu gak gi batu pahat tu… betul kenyataan tu… elok berkawan dari berlawan… dah berkawan jangan hina2an… semua orang ada kelebihan dan kekurangan…

Reply

hanif August 10, 2010 at 4:07 pm

@mancai, wah boleh singgah umah nanti bro…

Reply

AyieBlog August 11, 2010 at 12:25 am

@mancai, yeep sokong bro mancai,mana yang lebih 2 sebar2 ilmu :),jangan terlalu agung dengan ilmu allah swt bagi :),ops tersasar dari topik :).
AyieBlog recently posted..Lidah Tuturkata Sopan

Reply

Qalesha August 10, 2010 at 8:33 am

betul.. betul.. betul…
:happy:
Qalesha recently posted..Tres Jolie Dress – Sweet Pinky

Reply

hanif August 10, 2010 at 4:07 pm

@Qalesha, semuanya betul haha

Reply

Hamli August 10, 2010 at 8:48 am

Huhu, tu la biar pecah diperut jgn pecah dimulut~~
Hamli recently posted..Kita serupa tapi tak sama

Reply

hanif August 10, 2010 at 4:09 pm

@Hamli, bhaye tu lau pecah dimulut :biggrin:

Reply

pawaka19 August 10, 2010 at 11:58 am

ceh panas telinga aku..kampung aku kat muar johor tu…padahal duk kat malaysia sama ajer.jgn mnghina.perfect sangat dah ke mak cik oi?

Reply

hanif August 10, 2010 at 4:29 pm

@pawaka19,oh…orang muor..haha,yela tak baik nak hina-hina orang kn,mane ntah minah 2 belajr agama agaknya…

Reply

fahmi ibrahim August 10, 2010 at 12:26 pm

Bergurau pun kena ada etika. Kalau tak macam ni lah jadinya. Kerana mulut badan binasa.
fahmi ibrahim recently posted..Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu!

Reply

hanif August 10, 2010 at 4:56 pm

@fahmi ibrahim, betul tu kerana pulut santan binasa,sensitiviti orang lain nak kena jaga gak

Reply

hafidz August 10, 2010 at 4:16 pm

Bak kata pepapatah “terlajak perahu boleh diundur”….. :alien:
hafidz recently posted..Tunjuk Perasaan

Reply

hanif August 10, 2010 at 5:02 pm

@hafidz, terlajak kata,terima la padahnya…huhu

Reply

kulanz August 10, 2010 at 9:58 pm

lain kali kenalah beringat masa menulis tu.. tak pasal-pasal dia yang kena hina balik..
kulanz recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan 1431H-2010M

Reply

hanif August 11, 2010 at 1:59 pm

@kulanz, haha tu pasal bro,kena balik kat dia

Reply

tim92 August 10, 2010 at 10:51 pm

sokong ngn tajuk hanif nih.. jgn la kita kutuk2 org o wt bnd xelok kt org laen.. biarkn je.. even i’m not pure johorean..tp agk t’rse..coz jhor 2 2nd place sbb fmly asl ctu. ish.. nywy, kpd pemilik belog, slmt b’puasa! ;D
tim92 recently posted..RAMADHAN MENJELMA TANDA IBADAH BAKAL BERTAMBAH

Reply

hanif August 11, 2010 at 2:00 pm

@tim92, yela…lau kita x suka,diam2 sudah….xyah nak menghina…betul tak

Reply

tim92 August 13, 2010 at 1:05 am

@hanif, betoi2.. huh..saya tak suka orang yang macmni.. nak kutuk, depan2 la..kalau berani sangat la..kan?? kan?? :biggrin:
tim92 recently posted..GARA-GARA PERUT yang NGADA!!

Reply

Sir Marcello August 11, 2010 at 12:51 am

semoga ramadhan ini…tiada case terpencil macam nie berlaku…
salam Ramadhan :)
Sir Marcello recently posted..Tarawih Pertama Ramadhan Ini

Reply

hanif August 11, 2010 at 2:01 pm

@Sir Marcello, harap2 macamtulah,bulan yang mulia,nak kena jaga tingkahlaku gak…

Reply

azizan4444 August 11, 2010 at 1:41 am

ahaha..mcm2 ye manusia sekarang..sbb biskut pon ley kecoh..aduyai..xpe la..mgkin die post tu xde niat nk kutuk kot..xtaw la labu.kah3
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul

Reply

hanif August 11, 2010 at 2:02 pm

@azizan4444, kelakar kekadang tengok kat facebook ni,macam2 ragam orang ada,huhu

Reply

zik August 11, 2010 at 2:22 am

entahla… no comment..eh raya nanti jumpa la…semerah dekat jer tuh… aku parit yusof masuk dalam lagi… parit nombor 2… tahu tak??
zik recently posted..Sms kreatif ramadhan

Reply

hanif August 11, 2010 at 2:04 pm

@zik, oh parit no 2,aku selalu gak jalan2 area c2,insyaallah zik,lau ada transport boleh jumpe…dekat je ,tak jauh mane

Reply

suri August 11, 2010 at 8:05 pm

uh..sapa suruh bukak topik yg blh membuatkan org mrh..tgok kan dah mjdi parah huhu..

dah terlajak kata, nak trik dah tak blh l :kissing: agi dah huhu..berhati2 dlm stip apa yh bakal kita utarakan fi fb huhuhu..

Reply

hanif August 13, 2010 at 4:08 am

@suri, silap-silap hari bulan boleh jadi kes polis hehhe

Reply

cuz August 12, 2010 at 12:07 am

mmg patut pn kene pompuan tu..mmg jadi minah bodoh sombong la tu..dh tak jumpa pandai plak post kat wall FB..mse cari biskut tu xde plak nk post..klu tak ramai je kot yang akan bg info..hehe JB the best la..aku suka berbuka pose kat tepi laut tu..lama dh tak pergi situ smpai nama pn dh lupa..haha
cuz recently posted..ETS KTMB Mula Beroperasi KL-IPOH RM30

Reply

zool August 12, 2010 at 4:13 pm

@cuz, Danga Bay ..

Reply

etomyam August 12, 2010 at 12:24 am

ada jugak terbaca paal kes tu..kasihan dan betul tu, kalau kita tak mengutuk pastinya orang tidak mengutuk kita
etomyam recently posted..Promosi Termurah Serunding Istimewa Kampung Laut

Reply

ann August 12, 2010 at 12:54 am

biskut jer pon…kecoh satu malaysia ni..huhu
ann recently posted..Pagi-pagi bukak periuk

Reply

Mr.Z August 12, 2010 at 1:49 am

salam..
kerana mulut, badan binasa..
kata-kata lebih tajam dari pisau..
kes biskut boleh jadi perkara besar ye.. :smile:

Reply

zool August 12, 2010 at 4:12 pm

Tu le pasal.. Facebook ni bahaya.. tak boleh sesuka hati nak luahkan perasaan marah, geram.. harap sesiapa jua berhati-hati..

Reply

hanif August 13, 2010 at 4:23 am

@zool, Yup,,sokong 100%

Reply

Wan August 12, 2010 at 7:25 pm

kadang2 orang kita cepat melatah
Wan recently posted..Ramadan Ini Milikku!

Reply

acapz August 13, 2010 at 3:18 pm

macam2. pasal biskut je kn. lawl. bodo la gurl tu. haha. saba2 aku pose :P
acapz recently posted..Cleverbot – Berbicara Dengan Bot Pintar

Reply

Ali ridha August 21, 2010 at 10:44 am

pasal biskut pon nk kecoh ke.
buat malu betol minah ni. :angry: Ali ridha recently posted..Apabila web design sering beri alasan

Reply

ghogaru September 3, 2010 at 10:25 pm

hmm… aku rasa la minah tu mungkin cuma nak bagi pendapat dia je, so orang melayu tak patut nak emo sangat sampai buat page. Setiap orang kan ada pendapat masing2, so patut hormat pendapat dia… :biggrin:
ghogaru recently posted..Selamat ulang tahun kemerdekaan ke-53!!!

Reply

Mama Murai October 8, 2010 at 8:41 pm

Kesian dengan wanita tue, tapi tak boleh nak kata apa. Kadang-kadang kita kena berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. Lain padang lain belalang, lain orang lain pandang. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tougue: :vampire: :wacky: :wink:

Previous post:

Next post: