Kelebihan Buah Kurma

by hanif on August 16, 2010 · 33 comments

Hari ini dah masuk  hari ke 6 kita menyambut bulan Ramadhan. Kejap je rasanya. Dan pada waktu inilah kita merasa buah kurma yang enak dimakan ketika waktu bersahur dan berbuka. Buah kurma ni antara buah yang paling aku gemari. Tak caye, bagi la berapa banyak pun buah kurma kat aku, insyallah selagi perut belum kenyang, memang aku sumbat punye..haha

Sebenarnya banyak kelebihan dan khasiat yang terdapat pada buah kurma ini. Selain makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga,buah kurma mengandungi gula glukosa dan fruktosa. Bukan itu setakat itu, ia juga mengandungi mineral penting seperti magnesium, potasium, dan kalsium. Kalau korang nak tahu, buah kurma ini mempunyai banyak serat. Serat yang terdapat dalam kurma pula berfungsi melawaskan usus dan memudahkan segala urusan penyimpanan harta  ketika berada di bank di rumah korang.

Mengikut kajian aku sendiri (ops ni aku tipu). Mengikut kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak, minda serta tubuh badan, membantu tumbesaran kanak-kanak, melicinkan perjalanan darah, menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. Nampak tu bnyak tak khasiat buah kurma ni..

Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.
Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)
Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”
Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “
Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”
Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”
Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”
Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kat Malaysia ada gak buah kurma ek. Tengok kat Youtube tadi. Kalau kat rumah aku kat kampung banyak pokok sawit jer huhu

{ 33 comments… read them below or add one }

mummynana August 16, 2010 at 9:21 am

Alhamdulillah, saya suka makan kurma. Even kalau ada lepas puasa saya still makan.
Khasiatnya tiada bandingan. Dedua anak saya, saya mengandung time puasa, makan kurma sebiji dua tiap hari. Sahur dan berbuka. Alhamdulillah. Moga anak-anak kita nanti cerdas dan baik budi pekerti mereka. Insya Allah, Amin.
mummynana recently posted..Nuffnang Dah Boleh Cashout!

Reply

hanif August 16, 2010 at 11:43 pm

@mummynana, memang bagus untuk prempuan mengandung,dalam hadis nabi pn ada kata..semoga mendapat manfaat..

Reply

boss August 17, 2010 at 4:11 am

@hanif, buah kurma mmg banyak khasiatnya.. aku pun selalu berbuka didahului dengan buah kurma.. ikut sunnah..
boss recently posted..Blog berhantu

Reply

myFirdaus August 21, 2010 at 6:16 am

@mummynana,
sama laa… suke sngat makan kurma… ratah mcm tuh jer, smbil2 layan Fb
myFirdaus recently posted..Berbelanja secara online

Reply

pawaka19 August 16, 2010 at 11:09 am

wah moga diperluas tanaman di malaysia..takdelah import jauh2..leh dapat harga murah kalau sekotak tu RM9 leh dapat dalam RM 5 ke camtu

“Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower”

Reply

hanif August 16, 2010 at 11:46 pm

@pawaka19, mana tau satu hari nanti malaysia jadi pengeluar buah kurma..xyah import jauh2 hehe,

Reply

pawaka19 August 19, 2010 at 3:38 pm

@hanif,
huhu tak mustahil tu lebih2 lagi permintaan ramai bile bln
ramadhan
pawaka19 recently posted..Lawak Antara Benua Oleh Kartunis Lambok

Reply

hafidz August 16, 2010 at 11:18 am

Banyak kan kelebihan & khasiat buah kurma ni.
Setiap apa yang diciptakan pasti ada hikmahnya :D
hafidz recently posted..Minggu Pertama Ramadhan

Reply

hanif August 16, 2010 at 11:50 pm

@hafidz, bnyak hikmah dia makan buah ni..sedap pn sedap..

Reply

coki2 August 16, 2010 at 3:45 pm

alhamdulillah..sblm2 ni sy xsuke mkn kurma.
sbb sy xtahan mknn manis. tp tahun ni sy mula mkn kurma..
sbb rase rugi plak xmkn..lgpn dpt pahala bila brbuka dgn kurma ni. :smile:
inyaallah..mudah2an sy dpt bljr dan ikut lg amalan2 yg baik mcm ni.
slmt brpuasa semua..

Reply

hanif August 16, 2010 at 11:55 pm

@coki2, suka-sukakanlah yer..selamat berpuasa

Reply

coki2 August 25, 2010 at 9:31 pm

@hanif,

hehe..dah suke da.
mula2 boleh mkn sebiji je..
skrg da boleh tmbh 2 3 biji lg skali mkn. :lol:

Reply

zik August 16, 2010 at 3:56 pm

kurma memang wajib ada time berbuka nie..huhu
zik recently posted..Ikan ketutu

Reply

hanif August 16, 2010 at 11:57 pm

@zik, betul2 zik,dapat pahala lgi

Reply

ashraf August 16, 2010 at 4:59 pm

aku suka kurma yang warna kekuningan tu, yg kurang masak tu…aku pun ada post khasiat buah kurma, elokla kalau boleh baca kelebihan buah kurma kat sini… :lol:
ashraf recently posted..Khasiat Buah Kurma

Reply

hanif August 16, 2010 at 11:57 pm

@ashraf, tahank bro..melengkapkan lagi artikel ni

Reply

adamfaiz August 17, 2010 at 10:42 am

@ashraf, Aku pun suka yang kuning tu jugak…kelat2 ..tapi last2 manis …mmm best!!
adamfaiz recently posted..4 Perkara Mudah- Besar Ganjarannya Di Bulan Ramadhan

Reply

aziq August 16, 2010 at 6:14 pm

kurma mmg sedap bro.hehe..
aziq recently posted..Gunakan mana-mana font

Reply

suri August 16, 2010 at 10:59 pm

Salam ramadha..
buat air jus kurma sedap juga bro heeee.. hilang dahaga seketika :)

Reply

kami August 16, 2010 at 11:33 pm

wah mmg banyak khasiat pasni nak byk lg mkn kurma..tq
kami recently posted..Tips makanan Bersahur &amp Berbuka

Reply

etomyam August 17, 2010 at 12:31 am

banyak khasiat rupanya buah kurma ni, kalau gitu elok makan bukan di bulan ramadan sahaja ni, kena sentiasa ada stok :D
etomyam recently posted..Bagaimana Remaja 16 Tahun Menjadi Jutawan

Reply

kulanz August 17, 2010 at 12:37 am

Dah 6 hari berpuasa, 6 kali juga ada juadah kurma.. memang suka sangat-sangat makan buat ni..
kulanz recently posted..Singgah di Pasar Ramadhan Kota Marudu

Reply

Sir Marcello August 17, 2010 at 1:47 pm

aku tak gemar kurma…tapi kalo ada orang hulur..memang aku telan suma…
macam2 jenis kurma kat pasaran kan…tue belum saiz dan kaler…huhuhu
Sir Marcello recently posted..Kubur Bercahaya

Reply

azizan4444 August 18, 2010 at 4:49 am

kurma keluaran yusf taiyob tu fevret aku..hehe..berbuka dengan kurma ikut sunnah..dapat pahala lg..hehe
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul

Reply

klcitizen August 18, 2010 at 7:34 am

saya kurang suka makan kurma… tapi sebab nak ambik sunnah tu, gagahkan juga
klcitizen recently posted..teringat anak- terlupa isteri

Reply

Nine August 19, 2010 at 8:26 am

banyak kelebihan buah kurma nih, nih yg rasa lagi semangat nak makan n beli lagi, walaupun dah abis bulan puasa nanti :cheerful:
Nine recently posted..Response cached until Thu 19 @ 2:22 GMT (Refreshes in 58 Minutes)

Reply

Wan Perlis August 19, 2010 at 8:34 pm

buah kurma adalah makanan plg berkhasiat di dunia

Reply

acapz August 19, 2010 at 11:29 pm

aku suka mkn kurma time bukk pose. haha. bgus mkn kurma ni. tq 4 sharing info bro. hee :D
acapz recently posted..Blogger Memperkenalkan Komen Spam Filtering

Reply

hafizmd August 20, 2010 at 11:55 am

bulan puasa..mmg sinonim sgt ngn kurma..harap..kalau tak bulan pose pun..kite same2 jadikan makan kurma ni satu amalan..jadi kite dah ikut sunnah nabi..

thanks kongsi bro :cheerful:
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa

Reply

Ali ridha August 21, 2010 at 10:42 am

kurma yg paling aku ialah yuta. :biggrin:
tahun baru terasa puas sgt.dpt bnyk tu. :lol:
Ali ridha recently posted..Apabila web design sering beri alasan

Reply

Mr.Z August 22, 2010 at 1:25 am

memang banyak khasiat buah kurma ni…
1st time tengok pokok kurma..nice sharing bro.. :cool: Mr.Z recently posted..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan

Reply

jue.. September 11, 2010 at 1:47 am

wahhh..pandainyer bro.. :biggrin:

Reply

ROSNIE July 15, 2011 at 2:42 pm

kepada pengemar kurma semua, kalau nak beli untuk makan atau berniaga, saya ada jual .harga borong .Berminat hubungi saya 019-391 9943/013-233 0013

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tougue: :vampire: :wacky: :wink:

Previous post:

Next post: