Nasib Baik Aku Terror Hehe,Kalau Tak Buta-Buta Kena RM1000

by hanif on August 3, 2010 · 58 comments

Pagi tadi aku pergi ngeteh kat kedai mamak dengan bawa Netbook untuk menikmati wifi percuma. Tiba-tiba masa aku nak buka Netbook aku, ada bunyi krapp!!. Ah sudah, apehal lak ni. Rupa-rupanya skrin Netbook aku hampir-hampir tercabut dan tidak boleh dibuka. Patutla sebelum ni skrin Netbook  asyik bergoyang jer.

Lepas minum aku terus cepat-cepat balik rumah dan melihat apa yang berlaku kat Netbook kecik ni. Setelah aku buat pemeriksaan rapi, terdapat 2 skru di skrin sudah pun tercabut. Disebabkan aku terlalu sayang kat Nebook ni aku pergi tanya kat kedai komputer. Suruh la repair apa yang patut.

Aku tanya dekat -dekat  5 kedai semua bagi jawapan yang sama. Alasan diorang tak boleh buat dan sparepart tiada. Diorang  semua suruh aku pergi ke Pusat Servis Hp Di Bukit Damansara. Ada takda terpaksalah pergi, itu jalan terakhir. Bila sampai kat HP Servis Center,aku  pun amik no giliran,isi borang dan terus pergi ke juruteknik yang berada disitu untuk mengetahui apa yang berlaku. Aku terangkan la dari A sampai Z. Aku cakap kat juruteknik tu, Netbook aku tak jatuh dan masalah ni disebabkan skru tercabut.

Juruteknik tu dengan muka resah gelisah menyakinkan aku bahawa Netbook aku dalam keadaan critical damage. Jadi aku tanya kat dia samaada boleh repair ke tak. Dia kata boleh tetapi memakan kos yang agak tinggi untuk menukar bahagian skrin, panel dan cover set.Dalam hati aku apa kena mengena pulak skru tercabut sampai nak ganti benda tu semua. Kepala hotak dia. Bila aku tanya kos repair benda tu semua dia kata akan diberitahu nanti masa kat kaunter.

Bila sampai no giliran aku, aku terus pergi ke kaunter untuk megetahui apa yang perlu dibaiki dan kos keseluruhan. Di bawah ni antara perbualan aku dengan akak dikaunter Pusat Servis Hp

Akak Kaunter: “Netbook awak ni dah habis tempoh jaminan kan ” sambil menyemak record pembelian Netbook aku.

Aku                    : “A,ah beli pun dah setahun lebih”.

Akak Kaunter : “Kenapa boleh jadi macamni,terjatuh ke?”

Aku                    : “Takde la Kak, tak pernah jatuh pun, saya rasa skru tercabut,sambil aku mengoncangkan netbook aku”

Akak Kaunter : “Netbook awak ni dalam kategori critical damage dan kita akan mengganti bahagian panel, skrin cover  set dan bla,bla.

Aku                     : “Angaran berapa Kak nak ganti benda tu semua”

Akak Kaunter : “Dalam RM 1000 la”

Aku                     : Dalam kedaan terkejut” Ish takkan sampai RM 1000 Kak, beli pun baru  RM1400, cuma ganti barang-barang luar je kan”

Akak kaunter   : “A,ah tapi tak sampai RM1000 la, dekat-dekat je”sambil tersenyum kat aku.

Aku                      : “Kalau macamtu tak payah la Kak, baik saya beli baru, mahal sangat la tak mampu huhu, saya bawa balik jela. Ingat 2,3 ratus jer”

Akak kaunter  : ‘”Tak nak repair ek”

Aku                     : “Yup,terima kasih”

Aku pun terus keluar dari Servis Center dalam keadaan tak percaya dan muram. Gila arh dekat-dekat Rm1000. Bapak punya mahal sparepart HP ni. Dalam perjalanan balik rumah pun terfikir apa la nasib Netbook aku ni. Dah la aku sayang gila, nak hantar kedai pun tak berani nak buat. Takkan aku nak buang. Bila sampai rumah aku berfikir, nak buat apa dekat Netbook ni. Aku pergi dapatkan test pen dan playar untuk  baraikan Netbook ni dengan  2 peralatan tadi. Habis semua tebarai, skrin-skrin semua tercabut. Yang aku musykil kenapa semua skru tidak diikat dengan kuat. Aku guna test pen pipih senang-senang je buka skru bunga Netbook saiz yang amat kecil. Macam mana la diorang buat kerja ni.

Jangkaan aku betul terdapat lebih dari 2 skru pengikat skrin sudah pun tercabut. Perlahan-lahan aku ikat satu persatu. Akhirnya aku berjaya memasang seperti keadaan sediakala. Dekat-dekat 3 jam gak la. Lepas tu aku test hidupkan. Alhamdulillah ia beroperasi seperti biasa. Tapi casing Netbook aku banyak calar-calar masa aku baraikan tadi. Tidak mengapalah janji boleh hidup. Daripda buta-buta aku kena RM1000.

{ 58 comments… read them below or add one }

Sir Marcello August 3, 2010 at 1:09 am

rupa dah macam hp mini 210 aku…
mak ai..mahal giler sampai nak dekat RM1k..
tadi aku usha kat kedai komputer..new netbook pun harga lebih kurang jer…nasib bek ang tak membuta suh repair…:)
Sir Marcello recently posted..Review Filem Salt

Reply

hanif August 3, 2010 at 1:27 am

@Sir Marcello, tu la pasal..giler arh ganti barang luar je sampai dekat rm1000.Dekat Hp servis lak tu..

Reply

lizz August 3, 2010 at 4:12 pm

@hanif, merepek nyer sampai 1k. wha, seb baik tak melayang duit kau.hahahaha
lizz recently posted..Idea berblog hilang

Reply

Sir Marcello August 5, 2010 at 1:31 am

@lizz,

aku nyer laptop HP…aku extend sampai 3 tahun warrantynya…kaedah selamat…
tp netbook hp aku yg satu lagi nie..dapat free…malas lah plak nak extendkan warranty dia..hohoho
Sir Marcello recently posted..Lagi-Lagi Interview

Reply

Mr.Z August 3, 2010 at 1:11 am

terror la camni..boleh jadi juruteknik it dah ni.
hehe.. tak masuk akal sampai 1k.. skru je pun..ish3..
Mr.Z recently posted..Menghayati Bulan Ramadhan

Reply

hanif August 3, 2010 at 1:29 am

@Mr.Z, hehe,skru tercabut pun sampai nak kena ganti benda tu semua,nasib baik aku tak kena kencing..

Reply

zulkbo August 3, 2010 at 3:04 am

salam..
tahniah bro..saya saluted anda
dalam terdesak tu Allah selalu
ada..kita yakin jadik nya
alhamdulillah..selamat sket RM
zulkbo recently posted..Zedonk

Reply

hanif August 3, 2010 at 9:56 pm

@zulkbo, thank bro,kalau kita yakin insyaallah bole jadi,sebelum ni tak berani nak buka2 laptop..

Reply

Nine August 3, 2010 at 4:13 am

sib baik bro , kalo tak melayang rm1000 tu, mmg benda kecik diorang akan buat jadi mahal punyer :blink: , tu yg leceh skit kalo hantar kedai bab hardware..kalo kita tahu wat sendiri org suruh kawan2 yg pandai repair mmg ok & cun..aku syg gak lappy aku nih, takut gak jadi cam ko….
Nine recently posted..Response cached until Mon 2 @ 21:56 GMT (Refreshes in 46 Minutes)

Reply

hanif August 3, 2010 at 9:57 pm

@Nine, tau takpe bro,rm1ooo tu,terkejuk beruk dibuatnya hehe

Reply

boy_bersahaje August 3, 2010 at 9:29 am

selamat rm1k ko. inilah langkah bijak yang perlu kita buat

Reply

hanif August 3, 2010 at 10:16 pm

@boy_bersahaje,betul tu langkah berjimat cermat

Reply

etomyam August 3, 2010 at 10:00 am

wah kalah dah cecah RM1k baik beli baru aje hehe :D
etomyam recently posted..Rasional Buang Pekerja Kes Kesalahan Jalan Raya

Reply

hanif August 3, 2010 at 10:17 pm

@etomyam, beli baru skang baru 1300,ganti barang luar je dah 1k..pelik betul..huhu

Reply

Affan August 21, 2010 at 10:36 am

@hanif, tak silap aku, few days ago, aku jumpa 999 je. tak ingat brand apa, tapi not bad lah brand tu.
keh2. kalau 1k, bek ko beli netbook 999, 1 ringgit tu ko belikan teh tarik untuk akak kat kaunter tu. mesti die panas

Reply

zik August 3, 2010 at 11:12 am

seribu tuh…. gaji simpan 2,3 bulan gak..
zik recently posted..Imam muda minggu ke 9

Reply

hanif August 3, 2010 at 10:19 pm

@zik, tak sanggup bro nak keluarkan duit sebanyak tu..terkedu dibuatnya..hehe

Reply

yit August 3, 2010 at 1:52 pm

syabas. pasal u tabah u dapat buat. bukan senang tu kan.

kalau ikut harga-harga spare part, dan kita buta tuli je ganti/bayar,
berpuluh ribu gek harga barang tu sudah…!!!

congrats.

Reply

hafidz August 3, 2010 at 5:16 pm

Biasalah.
Semuanya nak untung jer manjang.
Disebabkan namanya “HP” tuh yang cas sampai 1k.
Dorang jual jenama ke atau jual produk? huh~ :whistle:
hafidz recently posted..Iphone4 Upgrade!

Reply

hanif August 3, 2010 at 10:25 pm

@hafidz, pelik gak kan,ingat betulkan kat situ murah ckit,rupanya tak,.. :smile:

Reply

Affan August 21, 2010 at 10:38 am

@hanif, standard ah bro, kalau kedai official mmg mahal.
tu general. hehe. kalau kedai2 biasa lagi mahal dr kedai official, mau bankrap diorg.

Reply

AyieBlog August 3, 2010 at 6:23 pm

Salam,bagus2 pandai kau repair.. nama pun budak it kan?? hehehehe :),sayabas2
AyieBlog recently posted..Ramadhan 1431 Kehilangan Seseorang

Reply

hanif August 3, 2010 at 10:27 pm

@AyieBlog, takder la pandai mane bro,itu pun terdesak,sbelum ni tak pernah barai2 kan laptop pun hehehe

Reply

suri August 3, 2010 at 10:34 pm

huuu, mahal tu bro.baik bro tak termakan janji diaorang. ceh mentang2lah kita tak kerja kat bhgian tu senag2 jer dia ckp rega nak repair mcm harganya 50 sen..tak patut..

bagsu2 harap smua kaan btmbah baik lagi ;)

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:07 am

@suri, memang mahal…tu pun pikir banyak kali,x berbaloi rasanye..

Reply

lazaac August 4, 2010 at 7:17 am

lazaac pernah kena mcm ni sekali… kaki kanan dia tercabut… kena tukar, siap import dari China lagi.. dalam seminggu gitu kena tahan laptop lazaac kat servis center… tapi syukur tak kena bayar pape sbb masih ada warranty…

Beli la ASUS da jgn beli COMPAQ, auww…!
lazaac recently posted..Fast Update

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:08 am

@lazaac, nasib bek dalam waranty lagi,lau tak melayang duit..hehe

Reply

catzer August 4, 2010 at 2:35 pm

biasalah depa tu sume suggest suruh tukar screen tu terus..aku pernah kena mcm tu gak..last2 sampai skang laptop lama aku terkulai jerk kepala dia sampai skang..heheheh
catzer recently posted..GoDaddy Scam Pembeli Domain

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:10 am

@catzer, tu yang pelik,benda yang takde kena mngena pun kena tukar…

Reply

cuz August 5, 2010 at 5:35 am

mahal gile la repair..skru je pn..Hp mmg barang yg sensitif..aku pernah dh repair 2 3 jenis HP ni tp bukan notebook la..mmg pening kepala dgn susunan barang² dia..stkat skru tu aku ingat beli kat kedai and pasang balik pun boleh..huhu tapi nasib baik ko ada nak berusaha kan selesaikan masalah ni..klu tak melayang rm1k..hehe
cuz recently posted..Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 2010 – Kali Ke-53

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:12 am

@cuz, itu pun terpaksa bro…dah takde pilihan,alhamduliilah settle masalah

Reply

fahmi ibrahim August 5, 2010 at 12:15 pm

Tahniah a sebab boleh buat sendiri. Rajin dan berani… Aku pernah gak godek2 laptop hp tapi siri lain la. Kesnya keyboard rosak.
fahmi ibrahim recently posted..Ustaz Zaharuddin Minta Jasa Baik Kita Semua…

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:15 am

@fahmi ibrahim, mula-mula takut gak,smpai terbarai netbook ku,rupa-rupanya nak pasang skru tu senang je.cuma aku takde experiance sbelum ni..

Reply

Loq August 5, 2010 at 7:18 pm

Wow 3 jam! Tapi berbaloi-baloi daripada habiskan RM1000.
Loq recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:17 am

@Loq, langkah berjimat hehe ,dripada kena 1k,tambah ckit dah leh dapat baru…

Reply

Zafira August 5, 2010 at 9:32 pm

Kes anda lebih kurang seperti kes kawan saya dahulu. Tapi saya tak ingat masalahnya berpunca daripada ‘part’ mana. Memang rata-rata pekedai komputer akan kata “Better you go to center.”

Since dia terdesak nak guna laptop tu (sebab masa tu sedang sibuk urusan menghabiskan assignment), so dia terpaksa juga suruh center HP fix the prob. Almost RM900 if I’m not mistaken. Ayah dia yang tolong bayar, kesian juga..

Kebetulan, after 2 weeks, dia format pendrive di satu kedai komputer dan dia cerita (curious nak tahu lanjut sebab risau masalah akan berulang) kepada owner kedai tentang pengalamannya tu. Hurm.. Owner tu kata masalah berkenaan dengan lappy dia tu sepatutnya boleh dirunding dalam RM150 je.. :face:

Susah juga kan kalau kita kurang mahir dalam sesuatu perkara. At least memang kena ada basic. Even tak tahu nak fix, kita boleh tahu ‘how’, ‘why’, & ‘what to do’ sesuatu kerosakan lappy ni.
Zafira recently posted..Thank You

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:24 am

@Zafira, Lau hantar servis center ni time ada warannty memang best ,kalau dah takde warannty tu yang susah,kadang2 kos melebihi jangkaan…

Reply

naz August 5, 2010 at 11:22 pm

baguih bro, seb bek ade knowledge. hehe :w00t:
naz recently posted..Protect Your Dreams

Reply

hanif August 6, 2010 at 3:27 am

@naz, hehe..triaal and error je.. :smile:

Reply

Blogger Fakir August 6, 2010 at 11:17 pm

Buat pengalaman untuk esok hari..

Kunjung-kunjung, jalin silaturrahim antar blogger seluruh dunia…

Reply

syahrilhafiz August 7, 2010 at 8:28 am

terbaik bro..
kalau nak direpairkan sampai 1K..erm baik beli baru…
tapi itulah…..nak buat cam mana….relax erk…hehe

Reply

hanif August 8, 2010 at 3:59 am

@syahrilhafiz, x sanggup nak keluar duit sebnayak tu semata-mata nak repair..

Reply

Kujie August 7, 2010 at 3:38 pm

ambil kesempatan keterlaluan – repair saja 1k
baik suggestkan customer beli baru je, kan?

ikut logik tak logiknya.

kat rumah ni pun ada mcm2 skru kecik2 sbb suami selalu baiki spek anak2
skru kecik2 tu selalu tertanggal :biggrin:
Kujie recently posted..Video Balasan Kepada Mak Mohd Khairuddin

Reply

hanif August 8, 2010 at 4:01 am

@Kujie, yela…diorang macam nak untung je lebih,tak munasabah n merepek…geram je rasanya..

Reply

Ali ridha August 7, 2010 at 6:20 pm

dengar je rm1000 huuuuuuu.boleh bla la
aku nk kasi kat hampa.leh baik aku bli baru.
Ali ridha recently posted..Pendrive Background

Reply

acapz August 8, 2010 at 3:56 pm

hoho. nasib ko terrer bro. dorng ni nk mkn duit je. 1000 bek beli baru. vavi je. adoi r
acapz recently posted..Merakam Skrin Anda Dengan Screenr

Reply

hanif August 8, 2010 at 5:09 pm

@acapz, bukan vavi lagi,mangkuk jamban diorang tu. hehe..nak untung je lebih,nasib baik tak terpedaya bro

Reply

acapz August 8, 2010 at 8:02 pm

@hanif, HAHA!. tau xpe. damn. aku mmng bnci org cmtu. hish. nasib woo. xrugi hbis ko. ish3

Reply

Affan August 21, 2010 at 10:41 am

@acapz, kalau tak pun, paling teruk, soh mmber repairkan. acapz, laptop i rosakkan, u repairkan blh? lol

Reply

Fiz August 8, 2010 at 6:52 pm

Mak datuk..Hp nk mkn duit ko la tuh..huhu
Fiz recently posted..The Last Airbender – Kuasa Magis Penyelamat Dunia

Reply

wazy August 8, 2010 at 11:34 pm

Ish
Mahal nak charge RM1000,pelik tul
Nasib baik la bro leh repair sendiri kan ,just try n error je
wazy recently posted..Salam Ramadhan Buat Semua

Reply

Thoha August 9, 2010 at 4:53 pm

mahal betul ye sampai seribu kena bayar..kalau saya pun memang saya tak sanggup..
Thoha recently posted..Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan Malaysia

Reply

mancai August 10, 2010 at 4:51 am

huhuhu… kalau tak kenyang la tokey kedai tu…

Reply

Azizwan August 11, 2010 at 3:53 am

gila mahal smpai 1k.. kalau mcm tu, baik beli baru je terus.. hampeh punya HP :angry:

Reply

ann August 12, 2010 at 12:52 am

huhu nasib baik ko terer…mau melayang rm1000 tu

Reply

Amoi Muncheet August 17, 2010 at 7:03 am

Ouh~! :w00t:

Kalau ku tau Inchek Hanif bleh repair,
dah lama ku anta kt Inchek hanif ja..

Aiyoo..

Amoi kene dlam RM850..~!!
Memang kut lappy lepas je abeh jaminan..
teruih je Kiok.. :ninja:
Wee..~!!

Amoi Muncheet
http://www.pinxbombyxmori.blogspot.com

Reply

Affan August 21, 2010 at 10:33 am

huhuh. biasa ah bro. kadang2 technician tu byk yg celaka gak, gila duit. mnde simple, harga nk ribu2 gak. :face:

Reply

diriku September 7, 2010 at 8:43 am

klu repair laptop acer pn dia caj mahal jgk..utk sekali nk bukak laptop 2, caj RM100 saje2..xkira brg yang tukar lg..klu msh sgt, lg berbaloi beli laptop baru..ha2

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tougue: :vampire: :wacky: :wink:

Previous post:

Next post: