Alhamdulillah Ada Rezeki

Alhamdulillah, akhirnya Namedrive telah pun membayar pendapatan domain parking aku untuk bulan Jun. Ingat akaun dah kena banned diorang tak bayar. Tapi macam sikit je daripada kebiasaanya. Tak mengapalah,janji diorang bayar. Ntah-ntah nak bodek aku join dengan diorang lagi kot hehe, sorry la yer Namedrive, aku dah selesa dengan program Google Adsense.Lalala…. :smile:

Facebook Fan Page

Baru buat halaman kat facebook. Tengok orang buat, aku pun nak buat gak hehe. Lagi satu nak memenuhi ruang di bahagian sidebar blog ni, nampak macam kosong je kan. Nak letak iklan Encik Nuff traffik belum mantap lagi, masih berjuta-juta lemon.

Plugin WordPress WP-Optimize

Sebelum ni aku tak tahu pun kegunaan plugin ni, dulu aku guna plugin Delete Revision untuk buang semua post revision, lepas aku search2 kat Goolge, baru aku tahu kegunaan plugin Wp-Optimize boleh buang Post Revision sekali. Apa plugin ni boleh membantu korang?

  • Buang semua post revision
  • Clean marked Spam comments
  • Clean Unapproved comments
  • Optimize database tables

Download Plugin WP-Optimize

Post kali ni 3 dalam 1 , 1 tajuk 3 cerita

Bulan Ramadhan 2010 Menjelang Tiba


Pergi Klinik Ambik Ubat Selsema
Masa Pergi Terpijak Katak
Bulan Puasa Dah Hampir Menjelma
Puasa Yang Lepas Dah Ganti Ke Tak

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelma kepada rakan-rakan blog, pengunjung blog ini dan seluruh umat Islam. Tak sabar nak tengok anak bulan.. :smile:

Niat Puasa Dan Berbuka Puasa Edisi Upin Dan Ipin

Nasib Baik Aku Terror Hehe,Kalau Tak Buta-Buta Kena RM1000

Pagi tadi aku pergi ngeteh kat kedai mamak dengan bawa Netbook untuk menikmati wifi percuma. Tiba-tiba masa aku nak buka Netbook aku, ada bunyi krapp!!. Ah sudah, apehal lak ni. Rupa-rupanya skrin Netbook aku hampir-hampir tercabut dan tidak boleh dibuka. Patutla sebelum ni skrin Netbook  asyik bergoyang jer.

Lepas minum aku terus cepat-cepat balik rumah dan melihat apa yang berlaku kat Netbook kecik ni. Setelah aku buat pemeriksaan rapi, terdapat 2 skru di skrin sudah pun tercabut. Disebabkan aku terlalu sayang kat Nebook ni aku pergi tanya kat kedai komputer. Suruh la repair apa yang patut.

Aku tanya dekat -dekat  5 kedai semua bagi jawapan yang sama. Alasan diorang tak boleh buat dan sparepart tiada. Diorang  semua suruh aku pergi ke Pusat Servis Hp Di Bukit Damansara. Ada takda terpaksalah pergi, itu jalan terakhir. Bila sampai kat HP Servis Center,aku  pun amik no giliran,isi borang dan terus pergi ke juruteknik yang berada disitu untuk mengetahui apa yang berlaku. Aku terangkan la dari A sampai Z. Aku cakap kat juruteknik tu, Netbook aku tak jatuh dan masalah ni disebabkan skru tercabut.

Juruteknik tu dengan muka resah gelisah menyakinkan aku bahawa Netbook aku dalam keadaan critical damage. Jadi aku tanya kat dia samaada boleh repair ke tak. Dia kata boleh tetapi memakan kos yang agak tinggi untuk menukar bahagian skrin, panel dan cover set.Dalam hati aku apa kena mengena pulak skru tercabut sampai nak ganti benda tu semua. Kepala hotak dia. Bila aku tanya kos repair benda tu semua dia kata akan diberitahu nanti masa kat kaunter. Continue reading

Kemaluannya Hilang Ntah Kemana

Kemaluan:Mengikut takrif Kamus Dewan Edisi Keempat-1. perihal malu, sesuatu yg men­datangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 2.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 3.bahagian alat kelamin (laki-laki atau perempuan)

Zaman keruntuhan moral remaja, tidak terkecuali juga orang dewasa..Bila dah criit kat dalam nanti jadilah macam ini.. Continue reading

This Is MyKad

Pagi-pagi aku dah online nak tengok status permohanan MyKad aku di laman web JPN.Aku cuba buat semakan kad pengenalan di situ , alhamdulillah dah boleh diambil.Lebih kurang 2 minggu sudah siap. Aku buat kat JPN Seri Kembangan, kalau buat kat JPN Putrajaya sekejap je. Malas aku nak pergi sana, sebab aku tak biasa jalan kat situ. :lol:

Dalam pukul 11 pagi  tadi aku terus pergi ambik MyKad, nasib baik tidak ramai orang. Lepas tu  terus pergi MayBank nak buka akaun yang tertangguh disebabkan cip MyKad aku rosak, jadi aku tak boleh buka akaun. Menyusahkan betul dah dua kali kerja.

Aku rasa ramai orang yang mempunyai masalah MyKad cepat rosak. Kalau korang nak tau masuk ni dah 3 kali aku tukar, secara purata 2 tahun sekali. Nak  kata aku ganas tak juga sebab jarang aku keluarkan MyKad dari dompet. Pernah sekali, baru jer tukar tak  sampai 2 minggu cip dia dah tak boleh baca. Hangin betul!!!. Sekarang ni semua urusan  nak kena tengok data dalam MyKad, kalau cip dah tak boleh guna semua urusan  boleh tergendala.

Ni ada tips yang penjagaan ketahanan My Kad yang aku ambik kat BeritaHarianOnline.Tips yang no 7  aku rasa memang susah  nak dielakkan. Dah tu dompet aku letak kat kocek belakang. Kalau aku duduk mestilah melengkung, betul tak…Tapi kad bank aku ok je, dah nak lunyai masih boleh guna sampai sekarang.

Tips Penjagaan Ketahanan My Kad
Continue reading

Cara Reka Theme Sony Ericsson Sendiri

Sejujurnya aku tak pernah beli handphone model Sony Ericsson, kalau Ericcson tu pernah la, model GH388 tahun 2001. Kelakar tengok handphonenya besar gila macam botol air. Masa tu kompeni Ericsson belum menghadapi krisis lagi sebelum bergabung dengan Syarikat Sony Jepun. Sekarang ni aku lebih selesa dan senang hati menggunakan Nokia Model 1100 i.

Berbalik pada topik asal, aku kongsikan satu sofware untuk create sendiri theme handphone Sony Ericsson yang boleh didapati di softpedia.com.Software ni percuma dan korang boleh reka theme mengikut kreativiti sendiri. Letak la gambar apa yang korang suka, baru ada nampak kelainan sikit kan. Macam aku kalau ada waktu yang terluang selalu juga buatkan theme untuk member-member aku. Kalau member lelaki tu aku minta cas rokok sebatang , kalau yang perempuan aku tak mengenakan cas apa-apa pun.Hehe.. :biggrin:

Aku ada juga upload theme-theme yang aku create di mobile9.com. Paling hot sekali yang aku buat theme Naruto model W995 .Smart tak..

Banyak bahagian yang boleh korang ubah seperti background, statusbar/softkeys, highlights, popup, input,text dan macam-macam lagi. Software ni senang digunakan dan mesra pengguna. Support semua model Sony Ericsson. Download kat bawah..