
Salam semua, tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri yang mulia. Mungkin korang semua telah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Alhamdulilah jika telah selamat pulang. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin jika artikel dan pendapat yang terbit di blog aku ada yang menyinggung perasaan mana mana pihak. Tak lupa juga komen aku kat blog korang, mana la tau ada yang kecik hati ker. Mintak maaf la banyak-banyak. Aku manusia yang selalu buat silap, kosong-kosong ok.
Masa aku tulis post ni, aku masih lagi berada di perantauan. Niat berbuka puasa kat kampung nampaknya tak kesampaian, disebabkan aku masih mencari rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mungkin malam raya baru aku balik. Esok hari terakhir aku berniaga, boring juga hari-hari berniaga di bazar ni.. hehe. Dari mula-mula puasa sampai sekarang belum lagi cuti. Nak buat macam mana kan, rezeki perlu dicari.
Mesti korang nak tahu apa yang aku niagakan di bazar selama sebulan ni. Aku berniaga makanan yang agak popular di negeri Johor iaitu Nasi Beriani. Sambutan agak menggalakkan seperti tahun-tahun berikutnya. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang datang membeli, terutamanya yang dari Ampang, sebab aku niaga di kawasan sana. Di bawah ini ada beberapa keping gambar yang sempat aku ambil, bagi menggambarkan susana di bazar ramadhan di sana..
Lokasi:Pandan Indah Ampang

Disinilah tempat aku menghadap sepanjang bulan ramadhan ini. Menunggu pelanggan yang datang,masa ni baru siap pasang. Dugaan peniaga macam aku ni memang besar, hari-hari melihat makanan kiri dan kanan. Sabar je la..lebih lebih lagi tengok orang jual air.

Berniaga ni kadang-kadang habis kadang-kadang tidak,kalau hujan atau pun tengah bulan dijamin tak habis punya. Hahaha..

Kanak-kanak riang, ntah apa yang difikirkannya. Ok juga kecik-kecik dah berniaga, kalau dah besar nanti tak jadi tokey tak tahu la.
Gambar lagi….

Gambar lagi…eh aku baru perasan gambar aku takda..
Sebelum aku melalut lebih jauh, sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.


{ 39 comments… read them below or add one }
Salam Aidilfitri ye bro..Maaf Zahir dan Batin.. :)
Lee recently posted..Biar Betul Dah Nak Raya!!
@Lee, selamat ari raya ,maaf zahir batin gak bro
Selamat hari raya dan maaf zahir batin diucapkan dari kami kepada kamu sefamily..
semoga berbahagia beraya disamping keluarga..
@kami, terima kasih…cmat hari raya gak wat bro sekeluarga
Dah dekat ngan rumah kakak aku ni… huhuhu… dulu waktu bujang, dan duduk ngan akak aku, selalu gak gi pasar ramadhan ni, mencari juadah apa yang patut. :D tapi skang dah tak duduk sana, kalau tak lerh aa gi merasa nasi briyani bro.
Selamat hari raya gak bro.
Eizil recently posted..Kad raya – Dari fizikal ke digital
@Eizil, haha…lau dok sana lagi leh aku belanja sebungkuns..slamat hari raya
selamat hari raya aidilfitri..
maaf zahir batin jika selama ni aku selalu susahkan bro..hihi
syahrilhafiz recently posted..Marverick Meerkat 1010
@syahrilhafiz, aku pun sama..kosong-kosong bro
@syahrilhafiz, mmng diew ni. haha. xde la gurau je. ngeh :P
acapz recently posted..Hantar SMS Percuma Dengan MostSMS
Salam Aidilfitri..
Selamat hari raya.. Maaf Zahir Batin
@zool, slamat ary raya gak zool…balik mane nanti
selamat hari raya bro..
0-0 ye.. :)
Mr.Z recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri
@Mr.Z, cmat hari raya…kosong-kosong…nak duit raya hahaha
Di Perlis hari ini 7 orang termasuk seorang bergelar uztaz ditahan kerana menyambut hari raya aidil-fitri hari ini. Mereka ditahan selepas selesai menunaikan solat sunat aidil-fitri. Macam2 hal
@vcgw, awalnya sambut raya,ikut mazhab mane tu..
selamat hari ray agak bro Hanif, maaf zahir dan batin bro..hehe suka tgk pic2 tu..lepas nih boleh makan puas2 :)
Nine recently posted..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
@Nine, saya ary raya gak bro nine….jemput datang umah,makan dodol huhu
aku datang nak mintak duit raya ni, nak beli mercun hehe
x-po recently posted..ADA BEZAKAH RAYA ANDA TAHUN INI
@x-po, boleh2..jemput datang umah,nanti ,aku bagi rm 1.oo hehe..
Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
TQ
@Rasa, selamat hari reaya gak….maaf zahir batin bro
selamat hari raya..bgusla berniaga ni..aku mmg ada niat nak berniaga juga.
New Entry “Haru Cdiqlife Nak Bagi Duit Raya RM200″
@pawaka19, cmat hari raya…ada niat boleh teruskan bro..semoga berjaya
Selamat hari raya bro :)
@Loq, smat hari raya bro…kosong-kosong …
Selamat Meraikan Hari Raya Aidilfitri di Syawal yang Mulia.
Maaf Zahir & Batin ya! :D
hafidz recently posted..Aidilfitri di Syawal 1431 Hijrah
@hafidz, besok raya…salam aidilfitri wat bro sekeluarga…
Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya :)
p/s : telioq tgk mknan kat bazar huhu..dah la semlm xjaga sahur huhu
@aimannajmy,aku pun sama gak.,kosong-kosong bro..bioleh ,datang umah…makan dodol hehe
dah lama xmkn nasi beriani ,heee
Mashi recently posted..Nostalgia Raya zaman kanak-kanak
selamat hari raya untuk hanif & sekeluarga
Selamat hari raya, bro… :D
Yiedpozi recently posted..Kad Raya Pertama Dah Sampai
selamat hari raya bro hanif. hee. xpyh taruk pic mknn dah. pas ni ko balun je smua bro. haha. tp mkn berpada2 ek. :D
bpe duit raya dah dpt?. lalala
acapz recently posted..Hantar SMS Percuma Dengan MostSMS
Salam Lebaran :)
Sir Marcello recently posted..Duit Raya
salam lebaran :) meriahhhh
Wan Perlis recently posted..Anak Rintih
Selamat Hari Raya..maaf zahir dan batin..best juga dapat meniaga kat bazar..teringin juga nak meniaga kat bazar ramadhan 1 hari nanti
khairolghani recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri
selamat hari raya bro…sory tahun nie tak dapat berjumpa…aku takda kenderaan nak berjalan..huhu… motor tinggal kat kl…
zik recently posted..Reunion SMKPB 5A- 2002 edisi Selatan 2010 part 1
Assalamualaikum.
Tahniah saudara hanif.
Perniagaan memang amat digalakkan dalam Islam. Dalam hadis nabi pun ada disebut tentang rezeki yang 9 dari 10 datangnya dari perniagaan.
Kenalah meniaga yang baik dan halal bro…
Tahniah. TQ
Rasa recently posted..Suatu Hari Di Hari Raya
kunjungan balik… :) met lebaran juga yaa…
kapan-kapan boleh tuh nyobain nasi beriani nya.. :happy:
nymph34 recently posted..update update -
salam..
selamat hari raya
maaf jika ada kesalahan
antara kita