This Is MyKad

by hanif on July 27, 2010 · 35 comments

Pagi-pagi aku dah online nak tengok status permohanan MyKad aku di laman web JPN.Aku cuba buat semakan kad pengenalan di situ , alhamdulillah dah boleh diambil.Lebih kurang 2 minggu sudah siap. Aku buat kat JPN Seri Kembangan, kalau buat kat JPN Putrajaya sekejap je. Malas aku nak pergi sana, sebab aku tak biasa jalan kat situ. :lol:

Dalam pukul 11 pagi  tadi aku terus pergi ambik MyKad, nasib baik tidak ramai orang. Lepas tu  terus pergi MayBank nak buka akaun yang tertangguh disebabkan cip MyKad aku rosak, jadi aku tak boleh buka akaun. Menyusahkan betul dah dua kali kerja.

Aku rasa ramai orang yang mempunyai masalah MyKad cepat rosak. Kalau korang nak tau masuk ni dah 3 kali aku tukar, secara purata 2 tahun sekali. Nak  kata aku ganas tak juga sebab jarang aku keluarkan MyKad dari dompet. Pernah sekali, baru jer tukar tak  sampai 2 minggu cip dia dah tak boleh baca. Hangin betul!!!. Sekarang ni semua urusan  nak kena tengok data dalam MyKad, kalau cip dah tak boleh guna semua urusan  boleh tergendala.

Ni ada tips yang penjagaan ketahanan My Kad yang aku ambik kat BeritaHarianOnline.Tips yang no 7  aku rasa memang susah  nak dielakkan. Dah tu dompet aku letak kat kocek belakang. Kalau aku duduk mestilah melengkung, betul tak…Tapi kad bank aku ok je, dah nak lunyai masih boleh guna sampai sekarang.

Tips Penjagaan Ketahanan My Kad

1.Elakkan MyKad daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi seperti api dan sebagainya.

2.Elakkan daripada menjalankan aktiviti yang boleh merosakkan cip.

3.Jangan gores, ketuk, tebuk dan gunting MyKad.

4.Elakkan MyKad daripada terkena air.

5.Elakkan MyKad daripada terkena bahan kimia dan asid.

6.Elakkan daripada merosakkan permukaan MyKad.

7.Elakkan daripada risiko yang boleh menyebabkan MyKad bengkok dan melengkong.

Sumber:Berita Harian Online.

{ 35 comments… read them below or add one }

ProfHariz July 27, 2010 at 5:03 pm

Thanks Tips Anda
Mykad saya selalu rosak
dh 3x dh hahaha

New Entry Prof-Hariz
Ingat! ! ! Untuk Hidup
ProfHariz recently posted..Ingat! ! ! Untuk Hidup

Reply

hanif July 28, 2010 at 1:18 am

@ProfHariz, mungkin dia nak suruh kita selalau update muka kot huhu

Reply

nabilah_2908 July 27, 2010 at 5:47 pm

my kad sy pun dh nazak…dh boleh terbelah dua…huhu… :happy:
nabilah_2908 recently posted..MASA ITU EMAS

Reply

hanif July 28, 2010 at 1:18 am

@nabilah_2908, dah nak kena ganti lau macamtu…

Reply

ashraf July 27, 2010 at 6:39 pm

betul la, mykad kalau letak dlm begduit cepat patah…cip dia akan jadi warna hitam…
ashraf recently posted..Niat Puasa Dan Berbuka Puasa

Reply

hanif July 28, 2010 at 1:19 am

@ashraf, susah gak lau macam tu kan..tak tau nak letak kat mane lagi…

Reply

etomyam July 27, 2010 at 7:12 pm

salam, mungkin nak kena bli case besi yang boleh simpan kad2 tu semasa kita duduk :D
etomyam recently posted..Free Quran Download- MP3 Surah-surah Pilihan

Reply

hanif July 28, 2010 at 1:20 am

@etomyam, haha..cadangan yang baik…

Reply

acapz July 28, 2010 at 7:51 am

@etomyam, bru xbasah ye kad2 kite ye bro. haha. cadangan bgus. de kot rasanye casing untuk kad diew besi. besi ke aliminium. huhu. tp nipis r. smart. :D
acapz recently posted..Bermain Snake Semasa Menonton Video Di Youtube

Reply

Luth Textile July 27, 2010 at 11:14 pm

sama la kes kita. mykad aku takleh detect masa nak buat akaun maybank tahun lepas, so dah buat baru.

bab dalam dompet pulak, memang susah nak jaga sebab kita duduk tapi aku dah letakkan mykad ditempat yang ok, tak la terkepak sangat macam kad mesra petronas aku tu. dah jadi apa ntah taktau. haha
Luth Textile recently posted..Apa hubung kait ilmu guna – guna dengan percintaan

Reply

hanif July 28, 2010 at 1:24 am

@Luth Textile, Yela..skang bnyak urusan nak kna tgok data kat dalam cip…ni pun aku jaga baik2 mykad baru ni..huhu.. :smile:

Reply

acapz July 28, 2010 at 7:49 am

btw cuba amik pemadam gosok kt cip my kad tu dlu. slalu aku kalu repair komputer. kat ram aku gosok pkai pemadam kalu ram xdpt bace. hahaha. my kad aku xrosak lagi. xpi kulit tertangal. mcm haram dah aku tngok. pas ni nk tukar bru. tngkp gmbr sekali. lalala :P
acapz recently posted..Bermain Snake Semasa Menonton Video Di Youtube

Reply

hanif July 29, 2010 at 12:01 am

@acapz, Aritu masa nak buka akaun maybank,diorang ada guna pemadam gak..tapi still xboleh baca lagi..huhu,tu yang buat baru…

Reply

acapz July 30, 2010 at 7:31 am

@hanif, ouh dorng dah buat jgk. aha. xpe r. baru nmpk cntik lagi. hee. btw buat baru bpe?. lpe pulk. adih. haha. aku nk tukar bru ni. gmbr lama buruk r. haha
acapz recently posted..Hatebook – Jaringan Sosial Dunia “Kejahatan”

Reply

aizuddin July 28, 2010 at 8:01 am

memang penting..kalau tak de..jadi pa lah jawabnye..aku baru wat..tp yg dulu lagi old skool..syg tol

Reply

hanif July 29, 2010 at 12:05 am

@aizuddin, teringat lak kd pengenalan yang dulu-dulu.,sbelum kuar mykad.. :smile:

Reply

pawaka19 July 28, 2010 at 9:44 am

akunye pon rosak ni..aku dpt tahu masa nak renew kad bank aku..tu pon da macam telor diujung tanduk

“Dark Vader ( Star Wars ) Merompak Bank”

Reply

hanif July 29, 2010 at 12:07 am

@pawaka19, dah nak kena ganti bro…ape2 hal nanti senang

Reply

farah July 28, 2010 at 11:30 am

Alhamdulillah my kad masih lagi dalam keadaan baik:)
farah recently posted..Tajaan Domain&Hosting Untuk Anda

Reply

hanif July 29, 2010 at 12:08 am

@farah, wah bagus la awak ni.. .ada petua jaga mykad tak..hehe :cheerful:

Reply

aziq July 29, 2010 at 8:57 pm

mykad aku pun rosak. belum tukar lagi. Masa ambil lesen moto dulu, aku terpaksa keluar 20ringgit beli smart card utk ganti mykad.payah-payah.

Reply

hafidz July 29, 2010 at 9:52 pm

Salam Hanif.
Baru aku tau yang mykad ni tak boleh kena air~ :angel: hafidz recently posted..Album Review – Yuna Decorate

Reply

hanif July 30, 2010 at 9:04 pm

@hafidz, sma la..aku pun baru tau.

Reply

Mr.Z July 29, 2010 at 11:44 pm

agaknya chip myKad sensitif kut.. tu cepat rosak..
Mr.Z recently posted..Penulis Blog Perlu Patuhi Etika- Apa Pandangan Anda

Reply

hanif July 30, 2010 at 9:05 pm

@Mr.Z, memang sensitif,kalau berkualiti mungkin xjadi masalah..betul x

Reply

Mr.Z July 30, 2010 at 10:47 pm

@hanif, betul tu bro.. :lol:

Reply

Nine July 30, 2010 at 6:07 am

Salam bro Hanif, betul la, aku nyer mykad tak detect gak sekali dulu, pasal wallet gak, tak tahan gores yer,selalu bergasak bila kita duduk, aku baru wat 2 kali..lepas tu mmg aku jaga.. leceh nak pi wat banyak kali kan..
Nine recently posted..Response cached until Thu 29 @ 23:51 GMT (Refreshes in 48 Minutes)

Reply

hanif July 30, 2010 at 9:07 pm

@Nine, 2 la pasal bro..kalu ganti percuma xper huhu..ni kena bayar..

Reply

AyieBlog July 30, 2010 at 8:39 am

Salam,wa bagus tips yang berguna :),thank q bro :).
AyieBlog recently posted..Apa itu kabel utp &amp penyambungan kabel utp

Reply

hanif July 30, 2010 at 9:08 pm

@AyieBlog, sma2 kita kongsikan… :smile:

Reply

Azuan July 31, 2010 at 3:43 am

Aku punya lum rosak lagi.. hehe
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010

Reply

hanif July 31, 2010 at 4:32 am

@Azuan, jap lagi rosak le tu hehehe :biggrin:

Reply

Azuan July 31, 2010 at 3:27 pm

@hanif, Harap2 tak lah.. hehe
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010

Reply

zik August 3, 2010 at 11:16 am

nasib baik ok lagi… ..kena balut dengan plastik nie… lepas nie.. tapi bila kena mintak ic… lambt nak keluar la jawabnya..huh
zik recently posted..Imam muda minggu ke 9

Reply

fahmi ibrahim August 5, 2010 at 12:18 pm

Payah betul. Nak canggih2. Tapi kualiti rendah. Aku tak pernah tukar lagi MyKad ni. Dah nak patah2 habis semua. Mujur la cip boleh detect lagi
fahmi ibrahim recently posted..Ustaz Zaharuddin Minta Jasa Baik Kita Semua…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tougue: :vampire: :wacky: :wink:

Previous post:

Next post: