
Bila sebut Bazar Ramadhan, semua orang pun tahu apa yang boleh didapati disana. Yang pastinya sudah tentulah pelbagai pilihan juadah makanan. Tak pernah lagi aku dengar orang pergi Bazar Ramadhan untuk mencari selain dari makanan. Kalau ada pun yang datang hanya jalan-jalan, cuci mata dan cium bau makanan, itu kes biasa.
Selama beberapa tahun aku berniaga Bazar Ramadhan, di merata-rata tempat sekitar KL dan Selangor belum lagi aku terjumpa orang berniaga yang tak kena dengan tempat dan majlis. Iyalah.. kebiasaanya lesen di Bazar Ramadhan dikeluarkan untuk menjual makanan dan minuman. Tapi ada juga peniaga-peniaga makanan ni menjual bunga api secara sampingan.
Dalam kes penjual vcd ni dah tentu tiada lesen punya,main pacak je kat celah-celah gerai makanan.Nak tergelak pun ada aku tengok si mamat (non islam) ni jual vcd cetak rompak. Dah tentu la tak de orang nak beli kan. Ini bukan pasar malam atau pun uptown. Ini Bazar Ramadhan,semua pengunjung yang datang cuma bernafsu bila melihat makanan. Orang tengah lapar-lapar mana lah nak pandang VCD. Tak kira lah ada cerita baru ke apa.
Gambar ni pun aku amik dari jarak jauh ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa. Ambik curi-curi hehe. Nak ambik dekat-dekat, aku tengok muka dia semacam je mamat ni. Tapi hari ketiga bazar ramadhan dah takde mamat ni. Ntah-ntah dah kena tangkap dengan penguatkusa majlis perbandaran. Padan muka..
Nantikan entri berikutnya pasal aku bisnes di Bazar Ramadhan. Insyaalah kalau ada masa nanti. Aku sekarang bz berniaga, sebab tu tak boleh jalan-jalan sangat dan ambil gambar-gambar yang menarik untuk tatapan bersama. Kalau ada pun cuma satu je sempat ambik..iaitu Kambing yang dipanggang..


{ 31 comments… read them below or add one }
wah ko da mcm spy ni hidden camera..hehe.. amik kesempatan la tu, gambar klu elok takpe ini vcd dvd copy..
kami recently posted..Tips makanan Bersahur & Berbuka
@kami, haha…dia pn cari rezeki gak kat ctu
@hanif, maaf kalau ada yang terasa, tapi itu bukan rezeki yang halal.. isk2..
boss recently posted..Blog berhantu
amat lucah keadaan kambing pusing tu. adui..dah la mengidam nie..hahaha
zackpantai recently posted..Al-fatihah buat zazatheblogger
@zackpantai, haha…amat seksi sekali
hehe mcm2 jual ek bazar ramadhan kat sana ek bro..kat sini kurang sikit mcm tu sebab kecikkan..cuma ada satu kedai vcd/dvd satu kat sini mmg tak nah kena ngan polis ker apa..tak tau kut main duit gak..toke cina..
bro berniaga apa kat bazar ramadhan yer ? menarik tu..suka tgk ramai org..ada baca pengalaman bro pasal berniaga, entri lepas..nanti kongsi2 bro yg kali nih..best baca n serta pic sekali kalo tak keberatan..
Nine recently posted..Response cached until Fri 13 @ 23:45 GMT (Refreshes in 44 Minutes)
@Nine, kat kl…insayaalah bro…nanti klau smpat amik gmbar2 menarik
wah happening betol bazar ko..yang jual cd elok boikot aje..orang nak beli mende yang boleh dimakan..ada ke jual cd pirated
pawaka19 recently posted..Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010
@pawaka19, 2 la pasal…tak kena tempat
sapalah nak bel vcd… :-) kalau aku pun malas nak layan… baik beli makanan..
zik recently posted..Zik the magician code- lilin menyala sendiri
@zik, tu la psal…beli makan lagi best hehe
Meriah juga bazaar ramadhan dekat sana.. macam-macam ada jual :D
kulanz recently posted..Hidangan Berbuka Puasa- Nasi Kerabu- Ayam Percik dan Mee Kari
@kulanz, memang meriah bro…vcd pn ada huhu
@hanif, bagus juga tu bro, boleh dapat murah.. tapi kualiti jangan ditanyalah kan..
kulanz recently posted..Bunga Mawar Merah Jambu Mula Mekar
macam2 ada… vcd pun ada..haha…
memang banyak pilihan la kat sana.. :biggrin:
Mr.Z recently posted..Buang Bayi Hukuman Mati Mandatori!
Macam-macam kerenah kan?
Pengunjung datang kat bazar sebab da lapo nak beli makanan la~
hafidz recently posted..Album Review – The Times The Ballad Of Jimi Acid
wah, jarang rasanya jumpa kambing golek di baazar.. tapi sayang aku ni kurang minat dengan kambing ni.. hukhuk
mrnamie recently posted..Tutorial- Aplikasi menguruskan akaun twitter
@mrnamie, sama la bro…aku kalau makan msti pening kepala…
lawl. jual cd pun de ka?. hahaha. amboi hbt tol la depa ni. ish3. kmbing pnggng mcm sdp bro. nk jgk r. hee :D
acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda
@acapz, sedap tu…nak ke,nanti aku pos hehe
@hanif, hahaha. nk ler. bak r. cpt. bukk pose ni aku nk mkn. amm :P
acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda
@acapz, haha…buat pos laju..aku hantar bahagian peha nanti.. :biggrin:
wah bro berniaga yer
mesti banyak income kan time puasa ni,hehehe
wazy recently posted..Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3
hehe smbil menyelam, minum air la tu
x-po recently posted..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
hahaha lawak jer…cuba jual mercun macam tue..baru true…hehehe
Sir Marcello recently posted..Edisi Berbuka Puasa
kalau x kantoi best la depa duk jual cd tu kan.klu dpt makan kambing panggang tu pon xlalu kot..hahaa…
bole thn meraih jgk bazar tempat ko bro…konpem best..
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
biasa tu. selam mnum air. selam-selam lemas tak dapek den nk nolong. :D
mummynana recently posted..Nuffnang Dah Boleh Cashout!
nama makan pelik2 tu.biasa le Bazar Ramadhan.setahun
sekali je.Bazar Ramadhan kledang ipoh ade jual mercun
n bunga api.hehehe… :cwy:
Ali ridha recently posted..Selamat Berpuasa Ramadhan 1431H
perghh..macam sedap je tengok kambing panggang tue…aku suka rasa daging kambing, walau berbau tapi sedap!!
memang pandai mencari kesempatan
Mus recently posted..Oh Tidak! Macam Aku Kenal Saja Gambar Ni Cuba Teka Mana Yang Sama
jangan ada yg tiba2 beli sudah le hahaha
btw..kambing panggang tu…adoilah, cukup mengujakan
etomyam recently posted..Bandung Cincau Paling Istimewa
{ 1 trackback }